PUTRAJAYA 6 Ogos – Peranan penjawat awam yang menjadi tonggak kesinambungan negara tidak boleh diganggu-gugat susulan perkembangan politik semasa khususnya selepas Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Johor dan Negeri Sembilan. Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penjawat awam perlu peka terhadap perkembangan politik dan memahami konteks yang membentuk dasar kerajaan, namun tidak boleh terheret ke dalam politik kepartian. “You have to be politically sensitive but you should never become politicized (Anda perlu peka politik tetapi jangan dipolitikkan),” katanya. Beliau turut menegaskan perlu ada garis pemisah yang…
Read MoreCategory: BERITA
BN Melaka mahu pertahan 21 kerusi
KUALA LUMPUR 6 Ogos – Barisan Nasional (BN) terbuka untuk mengadakan persefahaman dengan mana-mana pihak walaupun berhasrat mempertahankan semua 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disandang gabungan itu di Melaka. Pengerusi BN, Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Pengerusi BN negeri, Ab Rauf Yusoh berazam mempertahankan semua kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) tidak lama lagi. “Daripada 28 kerusi (DUN) di Melaka, maka Ketua Menteri, selaku Pengerusi BN Melaka, memaklumkan kepada saya bahawa beliau berazam untuk mempertahankan kedudukan seluruh 21 kerusi yang dimenangi itu. Pasti akan…
Read MorePenyelaras dilantik ketika Ahli Parlimen masih sah
KUALA LUMPUR 6 Ogos – Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Azman Abidin dilantik sebagai Penyelaras Parlimen Ampang walaupun Ahli Parlimen kawasan itu, Rodziah Ismail masih anggota PKR cabang Shah Alam yang sah. Pelantikan itu bertujuan memastikan penyampaian bantuan dan perkhidmatan kepada masyarakat di Parlimen Ampang dapat dijalankan secara lebih tersusun, cekap dan berkesan. Azman akan menyelaras usaha bersama Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) dan agensi kerajaan berkaitan bagi memastikan setiap inisiatif dapat disampaikan kepada rakyat dengan lebih berkesan. “Penyampaian bantuan ini juga akan dikoordinasikan secara rapat bersama…
Read MoreBerita pilihan….
Memperingati 81 tahun pengeboman Hiroshima
HIROSHIMA – Jepun memperingati ulang tahun ke-81 pengeboman atom di Hiroshima, tragedi yang meragut puluhan ribu nyawa pada 6 Ogos 1945, menyebabkan kemusnahan besar. Amerika Syarikat pada tarikh berkenaan iaitu penghujung Perang Dunia Kedua. menggugurkan bom atom “Little Boy” ke atas Hiroshima. Letupan itu memusnahkan sebahagian besar bandar berkenaan dan mengorbankan puluhan ribu penduduk serta-merta, dengan ramai lagi meninggal dunia kemudian akibat kecederaan dan kesan radiasi. Tiga hari kemudian, satu lagi bom atom digugurkan di Nagasaki, yang akhirnya membawa kepada penyerahan Jepun dan berakhirnya Perang Dunia Kedua. Upacara peringatan tahunan…
Read MoreGelombang haba luar biasa di Korea Selatan
SEOUL – Agensi Meteorologi Korea (KMA) merekodkan, suhu maksimum 42.5 darjah Celsius di bandar Yangsan, tenggara Korea Selatan pada Ahad lalu, menjadikannya suhu tertinggi sejak rekod meteorologi moden mula disimpan pada 1904. Yangsan, yang terletak dalam kawasan lembangan dan dikelilingi pergunungan, mencatat suhu melebihi 40 darjah Celsius selama beberapa hari berturut-turut, dengan keadaan geografi tempatan serta corak tekanan tinggi atmosfera dikenal pasti sebagai faktor utama yang menyumbang kepada cuaca panas melampau itu. Presiden Korea Selatan Lee Jae-myung menyifatkan gelombang haba berkenaan sebagai “bencana negara” dan mengarahkan pihak berkuasa mempergiat usaha…
Read MoreMedia Hari Ini Khamis 06.08.2026
Harga runcit petrol tanpa subsidi turun
SEPANG 5 Ogos – Kementerian Kewangan (MoF), mengumumkan harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel tanpa subsidi masing-masing turun lima sen seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Ogos 2026. Menurut kenyataan MoF hari ini, harga baharu RON97 ditetapkan pada RM4.35 seliter, RON95 tanpa subsidi RM3.77 seliter dan diesel tanpa subsidi RM4.57 seliter, berkuat kuasa mulai esok. MoF menjelaskan walaupun harga minyak mentah Brent melepasi USD90 setong pada minggu lalu, penurunan pada penghujung tempoh pengiraan harga Automatic Pricing Mechanism (APM) menyebabkan harga petroleum tanpa subsidi dikurangkan. Sementara itu, harga…
Read MoreUsah pertikai hak rakyat buat pilihan
SEPANG 5 Ogos – Pemuda MCA menolak dakwaan DAP bahawa Barisan Nasional (BN) menggerakkan kempen berasaskan kaum secara terbuka pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Negeri Sembilan ke-16. 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐮𝐝𝐚 𝐌𝐂𝐀 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧 Neow Choo Seong berkata, kenyataan Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin yang mendakwa BN menggerakkan kempen berasaskan kaum secara terbuka adalah tidak berasas, meleset, dan sekadar percubaan untuk menutup kelemahan partinya sendiri. Beliau yang juga 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐦𝐮𝐝𝐚 𝐁𝐍, menggariskan lima jawapan balas bagi membetulkan naratif serong DAP itu termasuk parti komponen BN yang mewakili masyarakat…
Read MoreKongres PKR medan muhasabah
PUTRAJAYA 5 Ogos – Kongres Tahunan PKR pertengahan bulan ini dijangka menjadi medan muhasabah dan `post-mortem’ parti susulan keputusan Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Johor dan Negeri Sembilan. Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil, berkata perwakilan daripada kedua-dua negeri dijangka membangkitkan perkara berkaitan sepanjang pilihan raya berkenaan, selain mengemukakan pengajaran dan tindakan yang perlu diambil parti. Beliau berkata, selain memenuhi keperluan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) selaras perlembagaan parti, kongres berkenaan akan membincangkan langkah penambahbaikan dalaman berdasarkan dapatan daripada pilihan raya terbabit. “Sudah pasti isu-isu yang akan dibangkitkan saya kira…
Read More