Iran kenakan syarat buka Selat Hormuz

TEHRAN – Selat Hormuz akan dibuka sepenuhnya sekiranya Amerika Syarikat (AS) memenuhi beberapa tuntutan Iran termasuk “memperbetulkan tingkah laku”, menarik kehadiran tenteranya di rantau Teluk dan menamatkan sekatan terhadap republik Islam itu. Menurut kenyataan yang disiarkan media kerajaan Iran, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran, Mohammad Bagher Zolghadr, berkata laluan perkapalan strategik itu tidak akan dibuka semula sehingga Washington memenuhi beberapa tuntutan utama Tehran. Antara syarat yang dikemukakan ialah AS tidak lagi mengancam Iran, menamatkan tindakan ketenteraan terhadap Iran dan sekutunya di rantau itu, menarik balik sekatan laut ke atas…

Read More

Cantuman Rindu Haramain temukan jemaah

KUALA LUMPUR 8 Ogos  – Seperti tahun-tahun sebelumnya, Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) mengambil inisiatif mempertemukan semula jemaah haji di bawah kendaliannya tahun ini menerusi program Cantuman Rindu Haramain. Majlis perjumpaan ukhuwah itu berlangsung di Hotel Royale Chulan, dihadiri 305 jemaah yang memilih pakej Pengelola Jemaah Haji (PJH) Andalusia dan majlis itu disifatkan kemuncak pengendalian jemaah selama 45 hari di Makkah dan Madinah. Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia Ida Riswana Idris berkata, majlis itu bukan sahaja meraikan mereka yang memilih Andalusia tetapi dapat mempertemukan semula dengan rakan-rakan yang…

Read More

MyKHAS: 5 Ahli Parlimen PKR kecewa

SEPANG 8 Ogos – Lima wakil rakyat daripada PKR mengakui kecewa apabila parti itu menyekat Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail daripada akses portal peruntukan khas (MyKHAS). Menerusi kenyataan bersama hari ini, mereka menyifatkan tindakan itu sebagai salah guna kuasa serius, sekali gus menafikan hak Rodziah untuk menguruskan peruntukan Parlimen Ampang. Kumpulan Ahli Parlimen itu turut memberi peringatan tegas mengenai peruntukan kawasan melalui MyKHAS bukanlah hadiah daripada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim kepada wakil rakyat. Tindakan itu, katanya, turut mengakibatkan garis sempadan antara parti dan kerajaan serta demokrasi dan autokrasi semakin kabur.…

Read More

Arahan henti bina dewan di White House

WASHINGTON – Usaha pentadbiran Presiden Donald Trump merombak kompleks White House terhalang apabila Mahkamah Rayuan Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mengarahkan pembinaan sebuah dewan majlis dihentikan. Projek itu dibina di tapak bekas Sayap Timur White House yang telah dirobohkan, bernilai AS$400 juta (kira-kira RM1.6 bilion) Dalam keputusan 2-1 yang dikeluarkan Mahkamah Rayuan Daerah Columbia pada Jumaat, panel hakim menegaskan, setiap Presiden hanyalah “penghuni sementara” White House dan tidak mempunyai kuasa untuk melakukan perubahan besar terhadap bangunan bersejarah itu tanpa mendapat kelulusan Kongres. Keputusan itu mengekalkan injunksi awal yang dimohon National Trust…

Read More

Perjanjian Pertahanan Bersama tiga negara

HYDERABAD – Pakistan, Arab Saudi dan Turkiye menandatangani Perjanjian Pertahanan Bersama bagi memperkukuh pertahanan kolektif terhadap sebarang bentuk pencerobohan. Perjanjian itu ditandatangani Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud; Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan selepas sidang kemuncak tiga hala di Istana Al Safa di Makkah. Perjanjian ini bertujuan mengukuhkan keupayaan pencegahan kolektif terhadap sebarang bentuk pencerobohan dan menetapkan bahawa sebarang serangan bersenjata terhadap mana-mana satu daripada tiga negara itu akan dianggap sebagai serangan terhadap kesemuanya. Menurut kenyataan bersama, perjanjian memperuntukkan…

Read More

Bersatu masih anggota PN, bakal rujuk ROS

SEPANG 7 Ogos – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menegaskan ia masih anggota sah Perikatan Nasional (PN) dan dakwaan bahawa keanggotaannya dalam gabungan itu tergugur secara automatik adalah bercanggah dengan perlembagaan parti. Setiausaha Agungnya, Mohamed Azmin Ali, berkata tiada mana-mana fasal dalam perlembagaan PN yang memperuntukkan keanggotaan sesebuah parti anggota boleh tergugur dengan sendirinya. Beliau berkata, mengikut Fasal 7A perlembagaan PN, kedudukan sesuatu parti anggota hanya boleh dimuktamadkan melalui keputusan Majlis Presiden. “Sehingga kini, Majlis Presiden tidak pernah bersidang untuk menentukan keanggotaan BERSATU dalam PN. Justeru, BERSATU masih parti anggota…

Read More

Pemimpin Bersatu Terengganu letak jawatan

SEPANG 7 Ogos – “Kita Berhenti”, itu hantaran ringkas Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Terengganu, Razali Idris menerusi Facebooknya hari ini. Hantaran itu merujuk keputusannya meletak jawatan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Terengganu, di samping dua lagi pimpinan negeri parti itu mengumumkan peletakan jawatan masing-masing hari ini. Difahamkan Razali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin pada 16 Julai lalu. Bagaimanapun, beliau berkata setakat ini tiada maklum balas diterima daripada pihak pimpinan tertinggi berkaitan surat peletakan jawatan itu. Beliau juga…

Read More