Category: BERITA
1.3 tan ketamin dirampas atas kapal
BATAM – Serbuan dadah di Indonesia yang melibatkan pengawasan selama berbulan-bulan, berjaya merampas 1.3 tan ketamin bernilai puluhan juta dolar dari sebuah kapal berbendera asing. Menurut Ketua Agensi Narkotik Kebangsaan, Suyudi Ario Seto, pihak berkuasa menerima maklumat pada bulan Februari lalu bahawa MV King Sun sedang belayar ke timur dari Thailand menuju ke Indonesia dengan kargo “mencurigakan” Pada sidang akhbar semalam, beliau berkata, pada Khamis lalu, sebuah kapal perang tentera laut memintas kapal itu, ketika ia memasuki wilayah Indonesia. “Pada 7 Ogos, pasukan gabungan menemukan 65 guni tersembunyi di dalam…
Read MoreNetanyahu bantah pelan Gaza
BAITULMUQADDIS – Benjamin Netanyahu secara terbuka menolak pelan Gaza diketuai Amerika Syarikat (AS) dan disokong Hamas susulan bantahan daripada sekutu berhaluan kanannya menjelang pilihan raya yang dijangka sengit. Tindakan itu dibuat selepas lebih seminggu Netanyahu mengkritik pelan itu secara berperingkat, biarpun menerima jaminan Israel tidak perlu memulakan pengunduran dari Gaza secara serta-merta. Netanyahu menegaskan kesediaannya mencabar pendirian Trump selain mengakui Israel sedang mengajukan bantahan kepada AS berhubung pelan dipersetujui Hamas pada akhir Julai lalu. Israel menolak dokumen 15 perkara ini, selain ‘tidak akan berundur hingga Hamas benar-benar melucutkan senjata dan…
Read MoreMedia Hari Ini Isnin 10.08.2026
UPKO dalam GRS stabilkan politik
PENAMPANG 9 Ogos – Penyertaan Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (UPKO) dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang diputuskan pada 8 Jun lalu, mampu memperkukuh kestabilan politik negeri. Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi GRS, Hajiji Noor, berkata kemasukan UPKO adalah perkembangan positif dalam landskap politik, juga memantapkan kerjasama parti tempatan dalam usaha membangunkan negeri itu.. “Sebenarnya, apabila kita menerima permohonan daripada UPKO untuk menyertai GRS, kita melihat itu sebagai satu petanda positif dalam perkembangan politik di Sabah dan kita menerimanya dengan hati yang terbuka,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada…
Read MoreBersatu masih kekal komponen PN
TAIPING 9 Ogos – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) setakat ini masih kekal sebagai parti gabungan Perikatan Nasional (PN), kata Pengerusi PN Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Beliau berkata, kedudukan itu tidak berubah meskipun terdapat pemimpin Bersatu dilaporkan mempertikaikan keabsahan kepemimpinan jawatankuasa PN kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS). “Setakat hari ini (9 Ogos), Bersatu masih lagi ahli Perikatan Nasional. Walaupun isu kedudukan Bersatu dalam PN agak unik kerana terdapat laporan bahawa beberapa Ahli Parlimen Bersatu sendiri sudah mengemukakan aduan kepada RoS mengenai keabsahan kepimpinan parti itu. Justeru, kita juga mahu…
Read MoreRonnie Liu sertai PBM
KUALA LUMPUR 9 Ogos – Selepas tiga tahun berada di luar parti politik, bekas pemimpin kanan DAP, Ronnie Liu mengumumkan keputusannya untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) pimpinan Larry Sng, Ahli Parlimen Julau, Sarawak. Bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Selangor itu mengumumkan demikian pada sidang media yang yang turut dihadiri Sng. Menganggotai DAP selama 41 tahun dan berkhidmat sebagai ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu selama beberapa penggal, Liu menjadi ADUN Pandamaran (2008 hingga 2013), selain pernah berkhidmat sebagai Exco Selangor, sebelum mewakili DUN Sungai Pelek (2018 hingga 2022).…
Read MorePH mahu tambah kemenangan kerusi Melaka
MELAKA 9 Ogos – Pakatan Harapan (PH) Melaka memberi fokus untuk meningkatkan jumlah kemenangan kerusi berbanding lima sekarang pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Melaka akan datang. Justeru Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata, pihaknya sedang meneliti semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengenal pasti kawasan berpotensi untuk ditandingi dalam misi menambah jumlah kerusi. Katanya, PH Melaka percaya masih mempunyai ruang untuk menambah bilangan kerusi pada PRU DN Melaka akan datang. “Kita belum muktamadkan jumlahnya lagi, tetapi kita sedang mengenal pasti di mana kelebihan kita. Kita…
Read MoreBerita pilihan…
Tiada pihak jadi sasaran perjanjian
ANKARA – Perjanjian Pertahanan Bersama Makkah yang dimeterai Turkiye, Arab Saudi dan Pakistan tidak menyenaraikan Iran sebagai ancaman bersama dan tidak diwujudkan untuk menyasarkan mana-mana pihak. Justeru Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan berkata, perjanjian itu tidak ditujukan kepada Iran atau mana-mana negara lain. Jumaat lalu,perjanjian itu ditandatangani Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan; Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman dan Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif. Menerusi perjanjian tersebut, serangan bersenjata terhadap salah sebuah daripada tiga negara itu akan dianggap sebagai serangan terhadap kesemuanya. “Kami tidak menetapkan sebarang ancaman bersama secara…
Read More