Mohd Shuhaily kembali bertugas

PUTRAJAYA 2 Nov. –  Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Mohd Shuhaily Mohd Zain, kembali memulakan tugasnya hari ini selepas bercuti pada minggu lalu. Beliau mempengerusikan Mesyuarat Commander’s Call Bil. 3/2026 yang menghimpunkan semua Pegawai Kanan dan Komander Pintu Masuk AKPS. Menerusi hantaran di Facebook AKPS, mesyuarat memberi tumpuan kepada Gerak Atur 2027, khususnya dalam memperkukuh hala tuju strategik, kesiapsiagaan operasi serta keberkesanan kawalan dan perlindungan sempadan negara. “Fokus jelas. Gerak kerja diperkemas. Misi diteruskan. AKPS terus komited memperkukuh kecekapan pengoperasian, integriti dan keselamatan pintu masuk negara,”…

Read More

Tindakan ketenteraan sukarkan penyelesaian

IOWA – Tindakan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) terhadap kepimpinan Iran mungkin telah menyukarkan usaha mencari penyelesaian melalui rundingan, kata Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump. Beliau bagaimanapun terus mempertahankan kempen ketenteraan Washington terhadap Tehran dan menegaskan bahawa konflik itu tercetus akibat tindakan Iran dan bukannya AS. Berucap pada perhimpunan penyokong Parti Republikan di Dubuque, Iowa, menjelang pilihan raya pertengahan penggal AS, Trump mendakwa Iran telah lama mengancam kepentingan AS, termasuk sejak Revolusi Iran pada 1979. Beliau turut mengaitkan Tehran dengan pelbagai serangan terhadap tentera serta kepentingan AS di Asia Barat.…

Read More

Dua kapal tangki terbakar di Selat Hormuz

TEHRAN – Dua kapal tangki minyak mentah terbakar selepas didakwa terkena periuk api di Selat Hormuz ketika usaha diplomatik untuk meredakan konflik antara Tehran dan Amerika Syarikat (AS) terus dijalankan. Menurut Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC), kedua-dua kapal itu terbakar ketika negara-negara Teluk mengecam serangan terhadap sebuah kapal pengangkut gas asli cecair (LNG) Qatar yang dilaporkan berlaku pada Jumaat. Tiada butiran lanjut mengenai identiti kapal, tahap kerosakan atau jumlah mangsa dalam kejadian itu. Sementara itu, Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, berkata rundingan melalui pihak pengantara masih diteruskan bagi melaksanakan…

Read More

Hadi ziarah Dr Mahathir

SEPANG 1 Nov. – Presiden Pas Abdul Hadi Awang menziarahi Dr Mahathir Mohamad di kediaman bekas Perdana Menteri itu pagi ini. Menerusi foto hantaran di Facebooknya, turut sama sama Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan dan Ahli Parlimen Bachok Syahir Sulaiman. “Saya ucapkan kepada Tun dengan satu hadis Nabi Muhammad SAW: Sesungguhnya bagi Allah apa yang Dia ambil, bagi Allah jua apa yang Dia berikan, setiap sesuatu mempunyai ajal yang telah ditentukan. Bersabarlah dan harapkanlah pahala. Semoga Tun terus bersabar serta sentiasa mendoakan Tun Hasmah agar beroleh kebaikan berterusan, insya-Allah,” kata…

Read More

DAP sudah mohon dedahkan minit mesyuarat

KUALA LUMPUR 1 Nov. – DAP sudah memohon kepada Anwar Ibrahim, supaya minit mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung keputusan pengurangan hukuman keatas Najib Razak, dinyahklasifikasikan untuk pengetahuan umum. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata langkah mendedahkan dokumen berkenaan adalah pendirian parti itu, namun tetap tertakluk kepada pertimbangan serta prosedur undang-undang di bawah Peguam Negara. Justeru  katanya, sama ada bila didedahkan dan sebagainya, itu terpulang kepada pihak Peguam Negara tetapi pendirian DAP adalah minit diumumkan. “Kita harap keputusan atau minit itu dapat diumumkan, tetapi ia tertakluk kepada pendirian Peguam Negara,” katanya pada…

Read More

Amanah sasar tanding 32 kerusi Parlimen

IPOH 1 Nov. – Parti Amanah Negara (Amanah) menyasarkan untuk bertanding di 32 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16, dengan 18 daripadanya menjadi kawasan tumpuan, kata Pengarah Strategi Nasional Amanah, Ahmad Sabki Yusof. Beliau berkata ketetapan itu diputuskan melalui sesi pemukiman pilihan raya parti itu pada September lalu dan bagi memastikan setiap kerusi dimenangi, gerak kerja jentera pilihan raya mesti bermula sekarang. “Kita memutuskan semua kerusi yang Amanah sasarkan, kita senaraikan dan tetapkan kerusi-kerusi fokus kita,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Amanah Negeri Perak 2026 di sini, hari…

Read More

Vacasia lancar dua pakej umrah istimewa

SHAH ALAM 1 Nov.  – Vacasia Tours & Travels Sdn. Bhd. melancarkan dua pakej umrah bersama dua selebriti yang turut dihadiri lebih 700 bakal jemaah umrah musim 1448/49 Hijrah di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, di sini semalam. Dua pakej itu adalah Pakej Umrah Salawat The Beloved bersama Hafiz Hamidun dan Promosi Pakej Umrah Sunnah dan Hadis bersama Prof. Dr. Mohd Izhar Ariff. Hafiz yang juga Penasihat Korporat Vacasia, berkata, kehadiran luar jangka itu mencerminkan kesedaran masyarakat, khususnya generasi muda, terhadap kepentingan menuntut ilmu sebelum menunaikan ibadah umrah. Katanya,…

Read More