Gesaan tumbangkan Netanyahu

TEL AVIV – Benjamin Netanyahu terus mendapat tekanan apabila ratusan rakyat Israel turun ke jalanan bagi mendesak pembangkang Israel bersekutu dengan parti mewakili masyarakat Arab demi menumbangkan Perdana Menteri itu. Parti-parti majoriti Arab meraih peningkatan kerusi yang ketara dalam pilihan raya pada Selasa lalu, didorong oleh kemarahan terhadap retorik yang menyasarkan komuniti itu oleh kerajaan berhaluan kanan tegar pimpinan Netanyahu. Bagaimanapun, ketua pembangkang, Gadi Eisenkot, masih belum membuat keputusan sama ada mahu membentuk gabungan bersama mereka atau sebaliknya. Masyarakat Arab merangkumi kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan penduduk Israel. Pilihan raya…

Read More

Amaran jika AS serang semula Iran

TEHRAN – Angkatan tentera dan rakyat Iran akan menentukan masa dan syarat bagi menamatkan konflik sekiranya “musuh melancarkan semula serangan”, demikian ingatan Pemimpin Agung Iran Mojtaba Khamenei. Khamenei dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh penyiar milik kerajaan, IRIB juga mengarahkan komander kanan memberikan “tindak balas segera dan berkesan, tanpa sekatan geografi terhadap sebarang kemungkinan ancaman musuh. Kenyataan itu dikeluarkan selepas Khamenei mengadakan pertemuan dengan pegawai kanan tentera. Beliau turut mengarahkan supaya senarai sasaran dikemas kini bagi memastikan semua aset Amerika Syarikat (AS) dan Israel berada “dalam jangkauan angkatan tentera” Iran. Terdahulu, jurucakap…

Read More

Gadek : Bersatu beri laluan kepada PH atau Putra?

MELAKA 31 Okt.  – Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek menarik perhatian bukan sahaja melibatkan pertembungan empat penjuru tetapi juga tiada calon Bersatu tampil mengemukakan kertas pencalonan. Sebelum ini, ketika mengumumkan senarai lapan calonnya, Bersatu menamakan Mohd. Zamri Abu Bakar sebagai calon DUN Gadek. Ketiadaan Bersatu menjadikan Laila Norinda Maon dari Putera satu-satunya calon Melayu yang akan berdepan tiga pencabar iaitu Jegasilan Kungamboo (PH-DAP); B. Laveen (Bersama), dan S.Nadarajah (BN-MIC). Untuk rekod pada PRU DN Melaka 2021, melibatkan pertandingan enam penjuru, BN yang diwakili VP. Shanmugam memenangi Gadek dengan majoriti…

Read More

SENARAI CALON PRU DN MELAKA

SENARAI CALON N01 Kuala Linggi (15,483 pengundi) 1. Muhammad Mukhlisul Mubin Julaisapiyah (PH-AMANAH) 2. Dr Nur Farhana Hamzah (BERSAMA) 3. Datuk Rosli Abdullah (BN-UMNO) Penyandang (2021): Datuk Rosli Abdullah (BN-UMNO) – Majoriti: 1,836 undi N02 Tanjung Bidara (15,003 pengundi) 1. Mohd Yunazri Mustamiri (PH-PKR) 2. Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh (BN-UMNO) Penyandang (2021): Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh (BN-UMNO) – Majoriti: 364 undi N03 Ayer Limau (15,379 pengundi) 1. Mejar (B) Jaini Dimon (PH-PKR) 2. Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer (BN-UMNO) Penyandang (2021): Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer…

Read More

79 calon rebut 28 kerusi DUN Melaka

MELAKA 31 Okt . – Sebanyak 76 calon mewakili pelbagai parti dan gabungan politik serta tiga calon Bebas layak bertanding dalam Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Melaka ke-16, pada 14 November ini. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ramlan Harun yang mengesahkan demikian berkata, Pakatan Harapan (PH) bertanding 24 kerusi; diikuti Barisan Nasional (BN) 23 dan Parti Bersama Malaysia (Bersama) 16. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bertanding di tujuh kerusi diikuti Perikatan Nasional (PN) pula bertanding di lima kerusi, Parti Pribumi Perkasa Malaysia (Putra) satu kerusi, manakala tiga individu…

Read More

Iran masih kawal Selat Hormuz

TEHRAN – Iran tidak akan melepaskan kawalan ke atas Selat Hormuz selepas beberapa insiden melibatkan kapal tangki minyak berlaku di laluan perkapalan strategik itu. Menurut Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC),  empat insiden berasingan melibatkan kapal tangki minyak gergasi atau supertanker dilaporkan berlaku sepanjang hari di kawasan Selat Hormuz. Dua daripada kapal tangki berkenaan disahkan terkena periuk api selepas menggunakan laluan yang didakwa tidak dibenarkan serta tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa Iran. Dilaporkan kedua-dua kapal itu membawa kira-kira dua juta tong minyak mentah setiap satu ketika insiden berlaku.…

Read More

AS lulus jualan 500 peluru berpandu Patriot

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) meluluskan penjualan 500 peluru berpandu pemintas Patriot bernilai kira-kira AS$2.1 bilion (RM8.52 bilion) kepada Ukraine bagi membantu negara itu mempertahankan diri daripada serangan udara Rusia yang semakin meningkat. Menurut kenyataan Jabatan Negara AS, pembelian peluru berpandu pemintas canggih PAC-3 itu akan dibiayai sepenuhnya oleh sekutu Ukraine di Eropah serta Kanada. Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, sebelum ini berulang kali menggesa Washington mempercepatkan penghantaran sistem Patriot, yang dianggap senjata paling berkesan untuk memintas peluru berpandu balistik Rusia. Kelulusan itu diberikan beberapa hari selepas berlaku ketegangan diplomatik antara…

Read More