Berkaitan tarikh Kongres
Read MoreAuthor: Hassan Mohd. Noor
Pritam Singh kekal Ketua Pembangkang
SINGAPURA 5 Mei – Setiausaha Agung Parti Pekerja (WP), Pritam Singh, akan kekal sebagai Ketua Pembangkang dengan kakitangan dan sumber untuk menjalankan tugasnya, kata Perdana Menteri, Lawrence Wong. Dalam satu hantaran di Facebooknya, Wong memberitahu, keputusan itu telah dimaklumkan kepada Pritam. “WP telah menampilkan barisan calon yang kuat, dan memberikan persaingan yang sengit dalam pilihan raya ini, serta meningkatkan kehadiran parti di Parlimen,” kata Wong, yang sedia menanti sumbangan wakil WP di Parlimen nanti. Pada PRU lalu, WP kekal memenangi 10 kerusi sama seperti pencapaian pada tahun 2020 dan akan turut…
Read MoreTangguh kenaikan RON95, tarif elektrik
KUALA LUMPUR 5 Mei – Kerajaan digesa menangguhkan pelaksanaan sebarang cadangan untuk menaikkan harga RON95 yang dijadualkan pada Jun ini serta kenaikan kadar tarif elektrik pada Julai. Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin berkata langkah ini perlu bagi menunjukkan keprihatinan kerajaan serta mengambil serius terhadap kesan di sebalik pelaksanaan tarif timbal balas oleh Amerika Syarikat (AS). “Kita tangguhkan sebarang perubahan dasar terutama dasar fiskal negara yang boleh memberi tekanan kos dan melemahkan sentimen perniagaan dan akhirnya membebankan pengguna. “Saya nak bagi contoh, tentang (cadangan) kenaikan RON95 pada Jun ini supaya kerajaan ambil…
Read More6 strategi stabilkan ekonomi
KUALA LUMPUR – Kerajaan mengatur enam strategi bagi memastikan kestabilan ekonomi dan mempertahankan kepentingan negara untuk jangka pendek serta sederhana, dalam mendepani senario global semasa termasuk impak tarif timbal balas Amerika Syarikat (AS), kata Anwar Ibrahim. Perdana Menteri, berkata strategi pertama, selain penyelarasan dasar berkaitan perdagangan melalui Pusat Tindakan Geoekonomi Negara (NGCC), kerajaan juga memantau petunjuk utama ekonomi seperti tempahan pembuatan, eksport, jualan runcit, pemberhentian pekerja dan pertumbuhan pinjaman. Ketika menyampaikan penerangan pada sesi mesyuarat khas berkenaan isu tarif Amerika Syarikat (AS) di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata bagi…
Read MorePKR : Sah Nik Nazmi, Akmal Nasrullah tewas
SEPANG 5 Mei – Keputusan muktamad Pemilihan PKR 2025 beberapa nama besar tewas pada pemilihan peringkat Cabang parti baru-baru ini, selepas mereka dilaporkan mengemukakan rayuan. Keputusan pemilihan sebelum ini kekal setelah mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) petang semalam mengesahkannya dan keputusan penuh disiarkan mulai hari ini melalui laman web parti itu. Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang Setiawangsa, selepas tewas kepada pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki. Nik Nazmi yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar memperoleh…
Read MoreMPP PKR sahkan keputusan pemilihan
SEPANG 5 Mei – Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR mengesahkan keputusan Pemilihan 2025 di peringkat ahli jawatankuasa Cabang, Wanita Cabang dan AMK Cabang untuk kesemua 220 cawangan yang mengadakan mesyuarat agung masing-masing. Setiausaha Agung Keadilan, Dr Fuziah Salleh berkata, keputusan muktamad untuk pemilihan itu dipamerkan mulai hari ini di https://keputusan.keadilanrakyat.org/ Katanya, pengesahan itu dibuat pada mesyuarat MPP petang semalam yang berpuas hati selepas mendengar pembentangan dari Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) serta laporan Juru Audit Digital Antararabangsa pihak ketiga. Untuk rekod, terdapat rungutan berkaitan pemilihan apabila ada yang mendakwa keputusan pemilihan…
Read MoreBerita pilihan..
Perkhidmatan perubatan Gaza kritikal
GAZA – Perkhidmatan perubatan di Gaza sedang menghadapi kekurangan sumber kritikal akibat sekatan Israel dan genosid yang berterusan, demikian amaran Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) Menurut UNRWA, di platform sosial X, hampir satu pertiga daripada bekalan penting kehabisan stok dan satu pertiga lagi dijangka habis dalam tempoh kurang dua bulan. Ia memberi amaran perkhidmatan perubatannya ‘sangat mengalami kekurangan sumber’ di tengah-tengah pengepungan dan pengeboman tanpa henti yang berterusan. Menurut agensi itu, walaupun berdepan krisis, UNRWA tetap kekal sebagai penyedia penjagaan kesihatan utama di wilayah…
Read MoreKualiti udara tidak sihat di Jakarta
JAKARTA – Ibu kota Indonesia, Jakarta kini di kedudukan kelima antara bandar dengan kualiti udara paling buruk di dunia, direkodkan sebagai tidak sihat bagi kumpulan rentan. Menurut laman IQAir, Indeks Kualiti Udara (AQI) di Jakarta berada pada paras 138 dengan kepekatan partikel halus PM2.5 mencecah 50.4 mikrogram setiap meter padu. Justeru orang ramai disarankan supaya sentiasa menjaga kesihatan dengan memakai pelitup muka ketika melakukan aktiviti di luar rumah. IQAir turut merekodkan bandar dengan kualiti udara paling buruk di dunia pada hari sama, dengan Delhi, India berada di kedudukan pertama dengan…
Read More