Selangor sokong Nurul Izzah

SEPANG 6 Mei – Sokongan terhadap pencalonan Nurul Izzah Anwar untuk jawatan Timbalan Presiden semakin kuat apabila PKR Selangor mengumumkan sokongan terbuka kepada Naib Presiden itu pada pemilihan parti kali ini. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Selangor, Amirudin Shari, dalam satu kenyataan malam ini berkata penyataan sokongan terbuka itu dicapai bersama pimpinan dari seluruh cabang di negeri berkenaan. Beliau yang juga Menteri Besar Selangor berkata, Nurul Izzah adalah antara wajah utama perjuangan PKR, dengan terus kekal istiqamah sejak hari pertama dan benar-benar percaya kepada semangat reformasi. “Hari ini, ketika…

Read More

No.2 PKR: Rafizi, Saifuddin, Nurul Izzah?

SEPANG 6 Mei – Menjelang hari pencalonan pemilihan PKR 2025 yang mulanya dijadualkan pada 3 dan 4 Mei, nama Saifuddin Nasution Ismail menjadi sebutan untuk bertanding jawatan Timbakan Presiden, yang disandang Rafizi Ramli. Bagaimanapun selepas tarikh baharu ditetapkan pada 8 dan 9 Mei ini, nama Naib Presiden Nurul Izzah Anwar pula muncul untuk diketengahkan sebagai pemimpin No.2 parti, berganding dengan bapanya Anwar Ibrahim sebagai Presiden. Saifuddin nampak berminat tetapi belum membuat keputusan. Rafizi pula apa cerita? Sudah adakah Cabang PKR yang mencalonkan beliau untuk kekal sebagai Timbalan Presiden? Yang ada…

Read More

Pemilihan PKR 23 Mei

SEPANG 6 Mei – Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) hari ini menyusun semula jadual  Kongres Nasional 2024/2025, susulan urusan rasmi negara melibatkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang juga Presiden PKR. Setiausaha Agungnya, Dr Fuziah Salleh dalam satu kenyataan berkata, Anwar perlu menunaikan urusan  menyambut Ketua Negara ASEAN yang dijangka tiba di Malaysia pada 25 Mei ini. Susulan itu, PKR membuat keputusan untuk mempercepatkan tarikh Kongres Nasionalnya di Johor sehari lebih awal dan berakhir pada Sabtu, 24 Mei, berbanding rancangan asal pada Ahad, 25 Mei. Menurut kenyataan itu, perasmian bersama Kongres Angkatan…

Read More

Video lama sudah dipadam tahun lalu

ALOR SETAR 6 Mei – Video tular membabitkan seorang ulama menunaikan solat bersama bunian sudah dipadam sejak Oktober lalu selepas perjumpaan bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) pada 13 Oktober 2024. Pendakwah terkenal, Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli yang tampil memberi penjelasan menjelaskan rakaman video berdurasi 3.36 minit yang ditularkan itu adalah video lama yang telah dipadamkan daripada rekod simpanan medianya. “Sejak perjumpaan itu, tidak ada sebarang video kontroversi baharu dimuat naik ke mana-mana saluran media sosial kami. Video yang sedang diviralkan pada masa ini adalah rakaman…

Read More

Dewan solat utama Masjid Zahir ditutup

ALOR SETAR 6 Mei – Dewan solat utama Masjid Negeri, Masjid Zahir ditutup sementara kepada jemaah bermula semalam (5 Mei) sehingga 15 Jun bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan dan menaik taraf kemudahan di masjid itu. Menurut satu kenyataan melalui Facebook masjid, penutupan itu melibatkan beberapa ruang utama termasuk Mihrab Diraja, Mihrab Kedua serta ruang solat muslimat. Sepanjang tempoh penutupan tersebut, solat fardu berjemaah dari Subuh hingga Isyak termasuk program-program pengajian umum akan dilaksanakan di Anjung Utama masjid berkenaan. Program dan kuliah harian diteruskan seperti biasa mengikut jadual sedia ada…

Read More

Ketegangan India-Pakistan di ambang bahaya

NEW YORK – Ketegangan antara India dan Pakistan kini berada pada tahap tertinggi dalam tempoh beberapa tahun yang meletakkan hubungan kedua-dua negara kini berada di ambang bahaya. Justeru, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menggesa India dan Pakistan tidak mencetuskan konflik ketenteraan susulan ketegangan yang terus memuncak di Asia Selatan. Kedua-dua negara jiran itu menempatkan angkatan tentera masing-masing dalam keadaan berjaga-jaga selepas saling menuding jari berhubung serangan pengganas baru-baru ini di Kashmir yang ditadbir India. Guterres yang turut dukacita dengan perkembangan itu berkata, PBB bersedia menyokong sebarang inisiatif…

Read More

Tekad penguasaan penuh Gaza

BAITULMUQADDIS – Kabinet Israel sebulat suara memutuskan untuk melancarkan “operasi secara keras” bagi memusnahkan Hamas dan menyelamatkan baki tebusan yang masih ditahan. Keputusan itu juga menyasarkan penguasaan penuh ke atas Semenanjung Gaza sekali gus mengekalkan kehadiran tenteranya di wilayah tersebut untuk tempoh yang tidak ditentukan. Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menegaskan, seramai 2.1 juta penduduk Gaza akan dipindahkan sebagai langkah perlindungan, tanpa memberikan perincian lanjut. Netanyahu bagaimanapun tidak menyatakan secara tepat jumlah wilayah yang akan ditawan oleh tentera, namun menegaskan bahawa “mereka tidak akan masuk dan keluar”, menandakan rancangan kehadiran ketenteraan…

Read More