ISTANBUL – Mesir menggesa Israel untuk meluluskan cadangan gencatan senjata dan pertukaran tahanan di Gaza yang telah diterima oleh Hamas, berdasarkan cadangan Utusan Khas Amerika Syarikat (AS) Steve Witkoff” Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Mesir menekankan keperluan menerima perjanjian bagi mencapai gencatan senjata segera di Gaza, membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan serta membebaskan sebilangan tawanan dan tahanan Palestin. Kementerian itu berkata gencatan senjata akan “menyumbang kepada usaha mengekalkan keselamatan dan kestabilan” di rantau berkenaan serta menghidupkan semula usaha ke arah penyelesaian dua negara berdasarkan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berkaitan.…
Read MoreAuthor: Hassan Mohd. Noor
RUU pecat ahli politik dipenjarakan
NEW DELHI – Langkah kerajaan India membentangkan rang undang-undang (RUU) untuk memecat ahli politik kanan jika mereka ditahan dan dipenjarakan selama 30 hari mendapat kritikan pembangkang. Pembangkang menyifatkan langkah itu sebagai usaha ‘menakutkan’ untuk memusnahkan perlindungan Perlembagaan. RUU itu akan memaksa ahli politik melepaskan jawatan menteri jika mereka ditahan selama sebulan dan dituduh dengan kesalahan yang membawa hukuman penjara lima tahun atau lebih. Beberapa penentang Perdana Menteri, Narendra Modi, berdepan siasatan atau perbicaraan jenayah sejak beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk dua ketua menteri negeri pada tahun lalu. Arvind Kejriwal, ketika…
Read MoreMedia Hari Ini Khamis 21.08.2025
Julai catat 42,464 pemilih baharu
PUTRAJAYA 20 Ogos – Sebanyak 42,464 nama warganegara berusia 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, dari 1 hingga 31 Julai 2025, berbanding 40,510 yang direkodkan sepanjang bulan Jun lalu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, di bawah Daftar Pemilih Tambahan Bulan Julai Tahun 2025 (DPT BLN7/2025) itu, seramai 15,109 pemilih berdaftar bertukar bahagian pilihan raya, manakala 1,523 bertukar kategori pengundi/status. Setiausaha SPR, Khairul Shahril Idrus, berkata DPT BLN7/2025 diperaku pada 18 Ogos 2025 dan diwartakan pada 20 Ogos 2025 serta dibuka untuk semakan selama 30 hari, mulai…
Read MoreKes kematian Wan Ahmad Faris dibuka semula
KUALA LUMPUR 20 Ogos – Kertas siasatan kes kematian pelajar tahfiz, Allahyarham Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman yang dipercayai dibunuh di sebuah sekolah tahfiz di Kok Lanas pada Disember 2013 akan dibuka semula. Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, yang mengesahkan demikian di Dewan Rakyat berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tiada masalah untuk berbuat demikian kerana kertas siasatan sudah pun siap. Bagaimanapun pada ketika itu (2013), Timbalan Pendakwa Raya (DPP) bertindak mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai tiada tindakan lanjut. “Sekarang keluarga (Wan Ahmad) Faris kata ada kewajaran dilihat semula, saya…
Read MorePendakwaan bermotif politik, sekat suara anak muda
KUALA LUMPUR 20 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pendakwaan keatas Dr Akmal Saleh dan menyifatkannya intimidasi politik untuk menutup teguran terhadap kedaulatan Jalur Gemilang. Ketua Penerangannya, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie, berkata, Pemuda berdiri teguh bersama Datuk Dr. Akmal Saleh yang bakal berdepan pertuduhan di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 22 Ogos ini. “Pemuda UMNO Malaysia bersolidariti penuh bersama-sama Dr Akmal dalam menghadapi ujian getir ini. Kami akan terus memberikan sokongan agar keadilan dapat dibuktikan di mahkamah yang mulia,” katanya menerusi satu kenyataan. Katanya, Dr Akmal…
Read MoreHilman akan lawan, minta dibicarakan
KUALA LUMPUR 20 Ogos – “Saya akan lawan dan minta dibicarakan,” kata Muhammad Hilman, 36 yang dhadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan menimbulkan kegentaran awam melalui kenyataan dimuat naik di akaun Tiktok, bulan lalu. Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu, itu didakwa di hadapan Majistret Amira Abd Aziz mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia itu dituduh membuat kenyataan di akaun Tiktok ‘alfah.channel.tv’…
Read MorePemuda Pulau Pinang teguh bersama Dr Akmal
PERMATANG PAUH 20 Ogos – Pemuda UMNO Pulau Pinang teguh bersama Ketua Pemuda UMNO Malaysia Dr Muhamad Akmal Saleh, yang akan berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan pada Jumaat ini. Justeru Ketua Pemuda Pulau Pinang Mohd Hilmi Elias mengajak orang ramai khususnya di Pulau Pinang untuk hadir di Mahkamah Bukit Mertajam pada 22 Ogos ini mulai pukul 8 pagi sebagai tanda solidariti dan sokongan moral kepada Akmal. “Pemuda Pulau Pinang ingin menyatakan sokongan penuh dan solidariti tidak berbelah bahagi kepada Dr Akmal, dalam menghadapi proses perundangan. Kami bersama barisan…
Read MoreBerita pilihan…
PRU Myanmar secara berperingkat
HANOI – Sebanyak 55 parti politik mendaftar untuk menyertai Pilihan Raya Umum Myanmar akan datang, yang dijangka diadakan secara berperingkat antara Disember 2025 dan Januari 2026. Stesen penyiaran milik kerajaan, Myanmar Radio and Television (MRTV) melaporkan sembilan daripadanya dijangka bertanding di seluruh negara. Suruhanjaya Pilihan Raya Kesatuan Myanmar mengumumkan rancangan untuk melancarkan fasa pertama pilihan raya umum pada 28 Disember, sebagai sebahagian pelan tindakan bagi mengadakan pilihan raya pertama dalam tempoh hampir lima tahun. Pilihan raya itu akan dijalankan dalam beberapa fasa, namun tarikh bagi fasa berikutnya belum ditentukan dan…
Read More