Israel digesa terima gencatan senjata

ISTANBUL – Mesir menggesa Israel untuk meluluskan cadangan gencatan senjata dan pertukaran tahanan di Gaza yang telah diterima oleh Hamas, berdasarkan cadangan Utusan Khas Amerika Syarikat (AS) Steve Witkoff”

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Mesir menekankan keperluan menerima perjanjian bagi mencapai gencatan senjata segera di Gaza, membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan serta membebaskan sebilangan tawanan dan tahanan Palestin.

Kementerian itu berkata gencatan senjata akan “menyumbang kepada usaha mengekalkan keselamatan dan kestabilan” di rantau berkenaan serta menghidupkan semula usaha ke arah penyelesaian dua negara berdasarkan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berkaitan.

Hamas pada Isnin menyatakan pihaknya menerima cadangan gencatan senjata yang dikemukakan oleh negara pengantara Mesir dan Qatar, tanpa memberikan butiran mengenai kandungan cadangan itu.

Menurut media Mesir, cadangan itu menyeru agar tentera Israel menempatkan semula pasukan berhampiran sempadan untuk memudahkan kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza serta menghentikan operasi ketenteraan selama dua bulan untuk memudahkan pertukaran tahanan-tawanan.

Israel menahan lebih 10,800 rakyat Palestin di penjaranya dalam keadaan yang teruk, dengan kumpulan hak asasi manusia melaporkan kematian akibat penyeksaan, kelaparan dan pengabaian perubatan.

Sejak Oktober 2023 pula, Israel telah membunuh lebih 62,100 rakyat Palestin di Gaza,  memusnahkan wilayah berkenaan, yang kini menghadapi kebuluran.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment