3R : PEKIDA dakwa SKMM berat sebelah

KUALA LUMPUR 29 April – Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) menzahirkan rasa kecewa terhadap sikap tidak konsisten Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam menangani isu-isu sensitif agama, kaum dan institusi diraja (3R).

Presidennya Mohd Foad Mat Isa berkata, walaupun SKMM mengingatkan rakyat supaya tidak menyebarkan kandungan berunsur hasutan, tindakan penguatkuasaan kelihatan berat sebelah dan lemah.

“Laporan-laporan berkaitan penghinaan terhadap Islam, Raja-Raja Melayu dan Bangsa Melayu yang dibuat oleh PEKIDA Malaysia sering tidak diambil tindakan tegas.

Kami menegaskan bahawa Islam adalah agama Persekutuan, dan sebarang penghinaan terhadapnya mencabar asas kenegaraan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru, PEKIDA Malaysia menyeru SKMM bertindak adil, telus dan saksama tanpa pilih kasih demi menjaga keharmonian negara.

“PEKIDA Malaysia tetap komited membela agama, bangsa dan negara melalui saluran undang-undang yang sah, dan tidak akan berdiam diri terhadap sebarang penghinaan terhadap Islam dan institusi negara,” katanya.

Nnn

Related posts

Leave a Comment