Pengundi Cina marah perbalahan Akmal – Teresa?

SEPANG 1 Okt. – DAP sepatutnya bertanyakan pemimpin parti itu yang mengeluarkan kenyataan yang mengganggu gugat ketenteraman negara bukannya menyalahkan  orang yang memberi respon terhadap kenyataan pemimpin berkenaan.

Itu reaksi Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saeh terhadap kenyataan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berhubung peratusan keluar mengundi pengundi Cina pada Pilihan Raya Kecil  (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota Sabtu lalu.

Terdahulu Chin Tong dalam kenyataannya berkata gerak kerja kempen Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin oleh Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi, awal-awal lagi sudah sedar tentang kemungkinan kurangnya peratusan keluar mengundi.

“Anggaran awal adalah pengundi Cina tidak akan keluar mengundi atas beberapa faktor, termasuk marah dan kecewa dengan perbalahan di antara Ketua Pemuda UMNO Dr Akmal Saleh dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok,” kata Chin Tong.

Dr Akmal dalam kenyataannya bertanya, adakah beliau juga patut dipersalahkan apabila di PRK Sungai Bakap, pengundi Cina juga tidak keluar mengundi.

“Adakah itu juga salah Dr Akmal Saleh? Walaupun Akmal tiada di Sungai Bakap?,” katanya melalui hantaran di Facebooknya sambil meminta DAP mencontohi MCA yang kuat bekerja dan akhirnya membawa pengundi Cina asas mereka mengundi seperti yang dijanjikan.

“Nak salahkan saya? Ikut suka hati kau lah,parti kau..

Yang penting UMNO perlu terus berubah menjadi lebih baik supaya kepercayaan rakyat terus diberikan kepada kami dan terus tegas untuk mempertahankan prinsip menjaga agama Islam ,bangsa dan tanah air walau dengan siapa kami berkawan,” katanya.

Terdahulu Chin Tong dalam kenyataannya berkata gerak kerja kempen Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin oleh Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi, awal-awal lagi sudah sedar tentang kemungkinan kurangnya peratusan keluar mengundi.

Bagaimanapun DAP tetap yakin bahawa kempen yang menyeluruh akan dapat memujuk pengundi Cina yang disasarkan mencapai 50 peratus walaupun ada yang menaruh harapan ia dapat mencapai 55 peratus, sesuatu yang sukar.

“Sepanjang kempen, kami berjaya meyakinkan ramai pengundi bahawa satu undi untuk Syed Hussien adalah satu undi untuk kepemimpinan Menteri Besar Johor dan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Yang paling penting, Syed Hussien telah menang kesemua 121 saluran mengundi di 18 PDM bagi DUN PRK Mahkota,” katanya.

Beliau berkata, lapan PDM, iaitu Kampung Tengah, Taman Lian Seng, Hj Manan, Bandar Tengah, Taman Ilham, Taman Kerjasama, Taman Suria, dan Indah Jaya, yang dimenangi dengan cemerlang oleh PH pada PRN Johor 2022 berjaya diulangi kejayaannya oleh BN pada Sabtu lalu.

“Justeru, untuk mengatakan bahawa hanya 35 peratus pengundi Cina keluar mengundi adalah tidak tepat, atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas. Kadar peratusan keluar mengundi kali ini masih berada di tahap yang memuaskan,” katanya.

Beliau juga menjelaskan, jika dilihat kesemua saluran mengundi tanpa mengira kaum, satu atau dua saluran pengundi muda memang tidak ramai keluar mengundi kerana kebanyakannya bekerja di luar daerah, terutamanya di Singapura dan Kuala Lumpur.

“Di samping itu, saya sendiri telah menemui beberapa pengundi muda yang tidak tahu mereka berhak mengundi. Ramai yang masih tidak menyedari tentang pendaftaran secara automatik pengundi apabila mencapai usia 18 tahun,” katanya.

Nnn

Related posts

Leave a Comment