100,000 bercuti di Selatan Thailand

SONGKHLA – Kehadiran hampir 100,000 pelancong Malaysia bercuti di wilayah Selatan Thailand, sempena cuti panjang hujung minggu menyumbang lebih daripada 1 bilion Baht (RM129 juta) kepada ekonomi tempatan.

Presiden Persatuan Hotel Hat Yai Songkhla, Sittipong Sitthipatprapha, berkata lebih 36,000 pelancong Malaysia memasuki Wilayah Songkhla pada 14 September lalu.

Menurut laporan Bernama, mereka masuk melalui tiga pintu masuk utama, iaitu Sadao, Dan Prakob, dan Padang Besar dengan kesesakan dilaporkan bermula seawal pukul 5 pagi hingga 11 malam, terutama di kawasan Hat Yai.

“Tinjauan pihak berkuasa di Wilayah Selatan Thailand menunjukkan bahawa sepanjang cuti panjang ini -Jumaat, Sabtu, Ahad, dan Isnin – lebih 100,000 pelancong dari Malaysia mengunjungi Selatan Thailand, terutama Hat Yai, Songkhla, serta wilayah berdekatan seperti Phatthalung, Trang, dan Krabi,” katanya

Beliau juga memaklumkan bahawa lebih 400 hotel dengan lebih 30,000 bilik telah ditempah penuh sepanjang cuti ini, dengan anggaran pendapatan lebih daripada 1 bilion Baht.

Nnn

(Foto JIM)

Related posts

Leave a Comment