Annuar Musa pertahan Hadi, Muktamar Pas

SEPANG 17 Sept. – Muafakat Nasional (MN) menasihatkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail supaya lebih cermat dalam kenyataan media sesuai dengan kedudukannya di Kementerian Dalam Negeri (KDN).. Pengerusinya, Annuar Musa berkata, beliau terasa aneh apabila , Menteri Dalam Negeri itu ‘menyerang’ Presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang sekian lama berjuang sebagai pembangkang bersama beliau pada satu ketika dahulu. “Tak semena-mena Menteri KDN mengeluarkan kenyataan tiga muka surat dengan 20 paragraf hari ini 17 September 2024 mengulas tentang Pas. Macam tak percaya ini kenyataan resmi menteri KDN! Jika…

Read More

Saifuddin Nasution ‘serang’ Hadi Awang

PUTRAJAYA 17 Sept. –  Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail mendakwa Muktamar Tahunan Ke-70 Pas, sebagai kemuncak politik kebencian yang membiakkan budaya fitnah, mencerca dan memaki hamun dalam Pas di bawah kepemimpinan Abdul Hadi Awang Katanya, Pas di bawah pimpinan Abdul Hadi sudah menyimpang jauh daripada perjuangan asal yang diasaskan tokoh terdahulu dan menyifatkan di bawah kepemimpinan sekarang, Pas mengalami kemerosotan dan Ahli Parlimen Marang itu sinonim dengan politik kebencian serta menyemarakkan fenomena takfir di negara ini. “Lidahnya tidak letih mencaci-cerca saingannya dan sangat liberal menggunakan label kafir, nifaq, ejen…

Read More

Ruslin Ketua Pengarah AADK ke-13

KAJANG 17 Sept. – Bekas Ketua Pengarah Imigresen Ruslin Jusoh dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang ke-13 berkuat kuasa hari ini. Beliau mengisi kekosongan yang ditinggalkan Sutekno Ahmad Belon sejak 26 April lalu selepas dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Sumber Manusia. AADK dalam kenyataan, hari ini berkata Ruslin berpengalaman selama lebih 28 tahun dalam perkhidmatan awam melalui lantikan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1995. Ruslin juga pernah memegang jawatan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara. “Sehubungan itu, AADK merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat menjalankan…

Read More

Peruntukan tidak perlu MoU ada niat tersirat

KUALA LUMPUR 17 Sept. – Peruntukan kepada Ahli-Ahli Parlimen pembangkang tidak perlu dibuat menerusi apa-apa perjanjian atau MoU yang mempunyai niat tersirat untuk mengekang kebebasan Ahli-Ahli Parlimen menyuarakan hasrat pengundi yang memilih mereka ke Dewan Rakyat. Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berkata, tidak pernah dalam sejarah negara, Kerajaan menetapkan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dituturkan oleh Ahli-Ahli Parlimen di luar ketetapan yang terkandung di dalam Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan Perlembagaan Persekutuan. Justeru, Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) telah mengambil ketetapan untuk menolak deraf MoU antara Kerajaan…

Read More

Zakaria Shaaban dilantik KP Imigresen

PUTRAJAYA  17 Sept. – Timbalan Ketua Setiausaha Pendayaupayaan Pengguna, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Zakaria Shaaban dilantik sebagai Ketua Pengarah Imigresen yang baharu berkuat kuasa hari ini. Zakaria yang pernah menjawat Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Pengurusan) menggantikan Ruslin Jusoh yang dilantik ke jawatan itu sejak 22 Mac 2023. Pelantikan Zakaria dimaklumkan menerusi perkongsian poster penghargaan dan ucapan tahniah di akaun Facebook rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang turut merakamkan penghargaan kepada Ruslin. Sementara itu, Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas Ketua Pengarah Imigresen oleh Ruslin kepada Zakaria…

Read More

GISBH : Agong titah suasat segera

KUALA LUMPUR 17 Sept. – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan segera dan menyeluruh terhadap kes dakwaan jenayah serta penganiayaan kanak-kanak yang dikaitkan dengan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH). Dalam satu kenyataan menerusi Facebook rasmi, Seri Paduka bertitah, baginda memandang serius terhadap isu berkenaan selepas pelbagai berita dilapor serta disiarkan dalam media massa berkaitan rumah amal berkenaan. “Perkara berkaitan akidah umat Islam seharusnya dipelihara setiap masa dan tidak boleh dipandang ringan. “Justeru, saya menasihati semua pihak supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau…

Read More

Kes positif Mpox, bilik gerakan diaktifkan

PUTRAJAYA  17 Sept – Satu kes positif cacar monyet atau ‘monkeypox’ (Mpox) dalam varian Clade II (dua) dikesan semalam, menjadikan semua 10 kes bermula 26 Julai lalu yang hanya membabitkan Clade ll. Susulan itu, Kementerian Kesihatan (KKM) mengaktifkan Bilik Gerakan Mpox di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan semalam bagi memantau situasi serta menyelaraskan langkah kesiapsiagaan dan respon yang berkenaan. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, berkata kes membabitkan seorang lelaki tempatan yang mula menunjukkan gejala demam, sakit tekak dan batuk pada 11 September lalu, manakala…

Read More

Pas terbuka kepada sesiapa sahaja

KUALA LUMPUR 17 Sept. – Pas terbuka kepada sesiapa sahaja yang hendak bersama dengan parti itu tanpa menjanjikan bulan dan bintang, kata Naib Presiden, Idris Ahmad. “Mereka yang sertai Pas faham. Pas tidak dihampari karpet merah. Insya Allah, mereka faham dasar dan agenda perjuangan Pas. Semoga mereka istiqamah dalam perjuangan Pas,” katanya. Beliau berkata demikian melalui Facebooknya sebagai mengulas penyertaan bekas  pemimpin PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor dan bekas calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Dr Mazlan Ismail menyertai Pas. Penyertaan mereka diumumkan Setiausaha Agung Pas, …

Read More

Lebih 8 jam terkandas, 567 tiba di Langkawi

ALOR SETAR 17 Sept. – Feri Bahagia 168 yang membawa 567 penumpang selamat tiba di Langkawi kira-kira pukul 10.40 malam tadi selepas terkandas lebih 8 jam, di beting pasir di perairan Kuala Perlis semalam. Pengurus Besar Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd Kapten Baharin Baharom berkata, feri itu dapat bergerak selepas berjaya ditarik bot tunda dan meneruskan perjalanan ke Langkawi pada pukul 9.05 malam. Katanya, semua penumpang selamat sampai di Terminal Feri Penumpang Kuah dan berada dalam keadaan selamat. Terdahulu, 567 penumpang feri itu terkandas di beting pasir kira-kira 0.5…

Read More