Hizbullah, Israel berbalas serangan

BAITULMAQDIS  – Hizbullah melancarkan ratusan roket dan dron ke arah Israel awal pagi semalam manakala penduduk Palestin memindahkan pesakit dari Hospital Syahid Al-Aqsa di timur Deir el-Balah, Gaza, susulan arahan tentera Israel.

Serangan Hizbullah dilakukan ketika tentera Israel mendakwa ia melakukan serangan awal terhadap Lubnan menggunakan kira-kira 100 jet untuk mencegah serangan balas yang lebih besar.

Pemimpin Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah berkata, serangan itu adalah sebagai tindak balas atas pembunuhan komander kanan, Fuad Shukr, bulan lalu.

Kematian Fuad dalam serangan udara diikuti dengan pembunuhan pemimpin politik Hamas, Ismail Haniyeh di Tehran.

Hizbullah menangguhkan tindakan balasnya untuk memberi masa terhadap rundingan gencatan senjata.

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin, mengarahkan kehadiran dua kapal penyerang induk di Asia Barat, bagi memperkukuh kehadiran tenteranya.

Terdahulu, Jeneral AS, CQ Brown, tiba di Israel untuk berbincang dengan pemimpin tentera.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, menyatakan kebimbangan terhadap peningkatan serangan antara Israel dan Hizbullah dan menggesa kedua-dua pihak menghentikan permusuhan.

Nnn

Related posts

Leave a Comment