Tiada perjanjian dicapai di Kaherah

KAHERAH 26 Ogos –  Rundingan gencatan senjata Gaza yang berlangsung di Kaherah, Mesir dilaporkan gagal mencapai perjanjian selepas Hamas mahupun Israel tidak bersetuju dengan beberapa tolak ansur yang dikemukakan oleh pengantara.

Media melaporkan, sumber keselamatan Mesir, memaklumkan kebuntuan itu menimbulkan keraguan mengenai kemungkinan kejayaan dalam usaha terbaharu yang disokong Amerika Syarikat (AS) untuk menamatkan perang 10 bulan di Gaza.

Rundingan selama berbulan-bulan gagal menghasilkan persetujuan untuk menamatkan kempen ketenteraan Israel di Gaza atau membebaskan saki baki tebusan yang diculik Hamas dalam serangan 7 Oktober.

Di Halifax, Kanada, Penasihat Keselamatan Negara AS, Jake Sullivan, pada sidang akhbar berkata Washington masih berusaha keras di Kaherah dengan pengantara Mesir dan Qatar serta Israel untuk memuktamadkan gencatan senjata dan perjanjian tebusan.

Perkara penting dalam rundingan berterusan, dengan AS, Mesir dan Qatar selaku pengantara, termasuk kehadiran Israel di Koridor Philadelphi iaitu kawasan sempit sepanjang 14.5 kilometer (km) di sepanjang sempadan selatan Gaza dengan Mesir .

Pengantara mengemukakan beberapa alternatif kepada kehadiran tentera Israel di Koridor Philadelphi dan Koridor Netzarim yang merentasi tengah Semenanjung Gaza, tetapi tiada satu pun diterima oleh pihak berkenaan, kata sumber Mesir.

Israel juga menyatakan keberatan membebaskan beberapa tahanan Palestin yang dituntut Hamas dan Israel berkeras mahu mereka keluar dari Gaza jika dibebaskan, tambah sumber itu.

Hamas berkata Israel telah bertukar fikiran berhubung komitmen untuk mengundurkan tentera dari koridor berkenaan dan mengemukakan syarat baharu yang lain, termasuk pemeriksaan terhadap penduduk Palestin yang dipindahkan ketika mereka kembali ke kawasan utara yang lebih padat penduduk apabila gencatan senjata bermula.

Nnn

Related posts

Leave a Comment