Kedah kecewa agenda politik sektor pendidikan

ALOR SETAR 26 Ogos – Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini melahirkan rasa kecewa terhadap Kementerian Pendidikan (KPM), Menteri Pendidikan dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah yang didakwa melaksanakan agenda politik kepartian. Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor ketika menyuarakan kekecewaan itu mendakwa tindakan itu dianggap menyalahgunakan kuasa untuk agenda politik kepartian dan campur tangan sedemikian hanya merugikan pelajar. Katanya , ini bukanlah masa untuk bermain politik dalam pendidikan, terutama sekali ketika Kedah sedang berusaha meningkatkan kualiti pendidikan di negeri itu. Berucap pada sesi ucapan penangguhan sidang DUN di…

Read More

Tujuh peguam wakili Muhyiddin

KOTA BHARU 26 Ogos – Tujuh peguam akan mewakili Muhyiddin Yassin yang berdepan pertuduhan mengikut Akta Hasutan di Mahkamah Gua Musang esok, kata Pengerusi Bersatu Kelantan, Kamaruddin Md Noor. Beliau berkata Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan antara barisan peguam selain peguam peribadi Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu dan peguam daripada parti. “Kita akan sediakan barisan peguam untuk membela Tan Sri (Muhyiddin), peguam yang ada tujuh, tapi mungkin tambah lagi kerana kadang-kadang kita perlukan pakar dalam hak asasi. “Takiyuddin antara barisan peguam dan Tan Sri pun ada peguam peribadi termasuk (peguam)…

Read More

Visa PLS keluarga mangsa dilanjut sebulan

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Jabatan Imigresen melanjutkan visa Pas Lawatan Sosial (PLS) empat ahli keluarga mangsa kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, bermula hari ini. Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Arvend Applasamy berkata, PLS dalam tempoh sebulan itu diberikan kepada suami, anak dan saudara mangsa. “Saya mewakili Ahmad Zahid turut menyantuni keluarga mangsa hari ini, selain menyampaikan sumbangan dan memberi jaminan kerajaan akan memudahkan segala urusan mereka termasuk makan, minum serta kemudahan penginapan sepanjang berada di sini. Keluarga mangsa ketika ditemui turut memaklumkan…

Read More

Tiada ahli geologi bernama Sarah

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) hari ini menafikan satu artikel yang kononnya ditulis oleh pakar geologi universiti terbabit yang mendakwa terdapat gua kosong yang besar di bawah tanah Kuala Lumpur. Ketua Jabatan Geologi, Fakulti Sains UM, Prof Madya Dr Meor Hakif Amir Hassan berkata artikel itu kononnya ditulis oleh seorang ahli geologi terkemuka dari UM yang bernama Dr Sarah Jamal. “Jabatan menegaskan bahawa tiada ahli geologi bernama Sarah Jamal yang berkhidmat di Universiti Malaya. Juga, tiada ahli geologi bernama Sarah Jamal didaftarkan di dalam senarai daftar Lembaga Ahli Geologi…

Read More

Rundingan tingkat hubungan Malaysia-Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN 26 Ogos – Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-25 Malaysia dan Brunei di Istana Nurul Iman, berjaya meningkatkan hubungan kerjasama antara kedua-dua negara,  Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, Malaysia dan Brunei bersetuju meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang, termasuk pelancongan, pendidikan, pelaburan, sastera, teknologi dan ketenteraan. Menurut Perdana Menteri, dalam meneruskan kerjasama itu, kerajaan mempunyai pendekatan berbeza untuk memastikan hubungan Malaysia dengan Brunei mampu memberi impak lebih berkesan kepada kedua-dua negara. “Ada dua aspek, satu ialah kita bertekad untuk meningkatkan hubungan itu dalam semua bidang yang mungkin, dan kedua adalah…

Read More

Tiada lagi hak eksklusif Puspakom

PUTRAJAYA 26 Ogos – Mulai 1 September ini, tiada lagi hak eksklusif bagi Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) menjalankan pemeriksaan berkala kenderaan motor yang diwajibkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333). Puspakom sebaliknya akan bersaing dengan syarikat lain, apabila kerajaan membenarkan mana-mana syarikat berkelayakan untuk menjalankan tugas dalam skop pemeriksaan kenderaan motor seperti mana dilaksanakan Puspakom ketika ini. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata susulan tempoh konsesi Puspakom tamat pada 31 Ogos ini, kerajaan melaksanakan mekanisme baharu dengan membenarkan syarikat lain menjalankan tugas pemeriksaan kenderaan motor. Katanya, kerajaan membuka…

Read More

3R : Muhyiddin didakwa esok

KOTA BHARU 26 Ogos –  Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin akan menghadapi pertuduhan mengikut Akta Hasutan di Mahkamah Gua Musang esok susulan ceramahnya berkait Raja, agama dan kaum (3R) dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, baru-baru ini. Polis sebelum ini menyiasat laporan dibuat terhadap Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu itu mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 504 Kanun Keseksaan. Media sebelum ini melaporkan, kertas siasatan berhubung ucapan bekas Perdana Menteri itu yang didakwa menyentuh isu berkait 3R…

Read More

Hizbullah, Israel berbalas serangan

BAITULMAQDIS  – Hizbullah melancarkan ratusan roket dan dron ke arah Israel awal pagi semalam manakala penduduk Palestin memindahkan pesakit dari Hospital Syahid Al-Aqsa di timur Deir el-Balah, Gaza, susulan arahan tentera Israel. Serangan Hizbullah dilakukan ketika tentera Israel mendakwa ia melakukan serangan awal terhadap Lubnan menggunakan kira-kira 100 jet untuk mencegah serangan balas yang lebih besar. Pemimpin Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah berkata, serangan itu adalah sebagai tindak balas atas pembunuhan komander kanan, Fuad Shukr, bulan lalu. Kematian Fuad dalam serangan udara diikuti dengan pembunuhan pemimpin politik Hamas, Ismail Haniyeh di…

Read More