KUALA LUMPUR 25 Ogos – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menjelaskan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) hanya mahukan kemenangan dan tidak membuat janji kosong.
Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik JDT memaklumkan perkara itu di ruangan Instagram miliknya sambil menegaskan Harimau Selatan juga tidak mencipta drama.
“Kami tidak bercakap, tidak berpura-pura jadi mangsa, mencipta drama, konspirasi dan membuat janji palsu. Kami ‘menang’,” tulis Tunku Mahkota Ismail.
JDT muncul pasukan pertama merangkul kejuaraan hatrik Piala FA selepas membelasah Selangor 6-1 pada aksi final di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.
(Foto HRH Crown Prince of Johor)
Nnn
