Dr Mahathir dibenar keluar IJN

SEPANG – Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dibenarkan pulang ke rumah selepas dua minggu dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) kerana batuk.

Menurut pembantu Dr Mahathir, Sufi Yusoff, kesihatan bekas pemimpin berusia 99 tahun itu semakin baik dan dibenarkan ‘bercuti di rumah’.

Menurut laporan Bloomberg. Dr Mahathir dimasukkan ke IJN pada 15 Julai lalu, lima hari selepas ulang tahun kelahiran beliau yang ke-99 tahun.

Sejak beberapa tahun lalu, beliau sering keluar masuk hospital. Dr Mahathir juga ada sejarah masalah jantung dan pernah menjalani pembedahan pintasan jantung pada 1989 dan 2007.

Kali terakhir beliau mendapatkan rawatan di IJN adalah pada 26 Januari lalu akibat masalah jangkitan yang memerlukan pemerhatian dan dibenarkan pulang selepas 53 hari menjalani rawatan.

Nnn

Related posts

Leave a Comment