Kuota haji Indonesia 221,000

JAKARTA: Indonesia, menerima kuota 221,000 jemaah haji bagi musim haji pada 2025, kata Menteri Hal Ehwal Agama, Yaqut Cholil Qoumas.

“Kami berterima kasih kepada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi atas pengumuman awal mereka mengenai kuota itu, yang membantu dalam persiapan haji,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau sebelum itu hadir pada Majlis Penutup Perkhidmatan Haji 2024 dan acara pengagihan kuota di Makkah, anjuran Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Indonesia adalah penghantar jemaah haji terbesar dunia di mana pada tahun ini, Indonesia membantu 241,000 jemaah haji yang terdiri daripada 213,320 jemaah biasa dan 27,680 jemaah khas.

Menteri itu juga memuji pihak berkuasa Arab Saudi atas penguatkuasaan ketat mengenai peraturan visa haji dan bukan haji.

Related posts

Leave a Comment