Tidak perlu panik kedudukan Malaysia 

PUTRAJAYA 21 Jun –  “Kita tak perlu panik – ini hanyalah salah satu kayu pengukur,” demikian kenyataan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Zafrul Abdul Aziz berhubung kedudukan Malaysia dalam senarai Ranking Daya Saing Dunia (WCR) IMD 2024. Katanya, ada banyak lagi kayu pengukur daya saing yang lain di peringkat global, seperti Global Competitiveness Report (GCR), Global Innovation Index (GII), Economic Freedom Index, dan lain-lain. “Tapi pada masa yang sama tak bermakna kita akan abaikan dapatan WCR ni. Semua kayu pengukur ni boleh dijadikan indikator untuk kita meningkatkan lagi…

Read More

Akaun tetap hilang RM24.2 juta, 14 individu ditahan

KUALA LUMPUR 21 Jun – Polis menahan seorang lagi individu menjadikan jumlah keseluruhan 14 individu termasuk empat kakitangan bank ditahan bagi membantu siasatan kes kehilangan wang daripada beberapa akaun simpanan tetap sebuah bank melibatkan kerugian RM24.2 juta. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Ramli Mohamed Yoosuf berkata individu yang ditahan di sekitar Kota Kinabalu, Sabah semalam adalah wanita warga tempatan dan dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan salah seorang kakitangan bank. Daripada 14 individu itu, 13 daripada mereka ditahan di sekitar Kota Kinabalu, dan seorang ditangkap di Padang Besar, Perlis.…

Read More

Henti jualan saham MAHB kepada BlackRock

KUALA LUMPUR 21 Jun –  Pemuda UMNO mendesak kerajaan menghentikan serta merta usaha penjualan 30 peratus saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada BlackRock Inc melalui Global Infrastructure Partners (GIP) atas nama solidariti bersama rakyat Palestin. Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh, berkata penjualan itu amat bertentangan dengan pendirian Malaysia selama ini yang mendokong perjuangan Palestin menentang genosid di negara itu. Katanya, pada masa sama, tindakan itu juga akan mendedahkan aset berkepentingan nasional dan awam kepada pihak yang rapat serta mempunyai simpati kepada agenda Zionis. “Kita mahu solidariti kita ini bukan…

Read More

Azmin serah notis kekosongan DUN Selat Klang

SHAH ALAM 21 Jun – Ketua Pembangkang Selangor, Mohamed Azmin Ali hari ini menyerahkan notis bertulis kekosongan luar jangka kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selat Klang kepada Speaker DUN, Lau Weng San. Beliau menyerahkan notis itu di Wisma DUN Selangor di sini, kira-kira pukul 2.55 petang yang turut disertai ADUN Sungai Ramal, Shafie Ngah. Bercakap pada sidang media selepas pertemuan kira-kira 30 minit itu, Mohamed Azmin memberitahu, penyerahan notis itu dibuat menurut Perkara LXVA Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. “Saya memaklumkan kepada Speaker Dewan bahawa status Datuk Abdul Rashid Asari…

Read More

Ranking jatuh disebabkan mata wang lemah

KUALA LUMPUR 21 Jun – Penurunan kedudukan Malaysia di tangga ke-34 dalam senarai Ranking Daya Saing Dunia IMD 2024 adalah disebabkan faktor kelemahan mata wang ringgit pada tahun lepas. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata berdasarkan kajian awal , isu utama yang mengakibatkan kejatuhan kedudukan negara dari tangga ke-27 adalah disebabkan penggunaan data pada 2023 untuk mengukur daya saing negara. “Ia (laporan) berdasarkan data tahun lepas, 2023, berbanding dengan tahun 2022, jadi ketinggalan satu tahun di situ. Faktor yang mempunyai kesan paling ketara ialah kestabilan…

Read More

Caj CPT RM3 menginap di Perak

IPOH 21 Jun – Mulai 1 Januari 2025, Kerajaan Perak akan mengenakan bayaran tambahan sebanyak RM3 sebagai Caj Perkhidmatan Tempatan (CPT) bagi pengunjung yang menginap di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching, berkata caj baharu itu tertakluk kepada bilik penginapan berbayar untuk setiap malam, selain termaktub mengikut Enakmen Hotel 2023 yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada tahun lalu. Beliau berkata, caj seumpama itu sudah dilaksanakan oleh beberapa negeri lain dengan pelbagai nama dan tafsiran berlainan. “Tarikh kuat kuasa pelaksanaan bayaran ini…

Read More

Dr Zambry ketuai jentera BN PRK Sungai Bakap

KUALA LUMPUR 21 Jun – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN),  Dr Zambry Abdul Kadir dilantik sebagai Pengarah Pilhan Raya BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang akan berlangsung 6 Julai ini. Mesyuarat Majlis Kerta Tertinggi (MKT) UMNO malam tadi juga melantik Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang,  Musa Sheikh Fadzir sebagai Pengarah Operasi dan Ahli MKT, Ahmad Maslan sebagai Ketua War Room. Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata UMNO akan menggerakkan sepenuhnya seluruh jentera parti untuk membantu kemenangan calon parti Kerajaan Perpaduan pada…

Read More

Pulut mangga kedua terbaik dunia

PULUT mangga atau Khao niao mamuang dari Thailand diiktiraf sebagai kedua terbaik daripada 26 hidangan berasaskan mangga oleh TasteAtlas, platform dalam talian, pangkalan data makanan dan minuman seluruh dunia. Pencuci mulut tradisional Thai itu dikategorikan sebagai puding nasi oleh TasteAtlas. Manakala ‘mamuang nam pla wan’ atau mangga hijau dengan sos ikan manis menduduki tempat ke-10. Hidangan Thai lain yang mengandungi mangga yang disenaraikan adalah ‘som tam mamuang’ atau salad mangga hijau,  (ke-11,), ‘nam pla wan’ atau mangga dengan sos ikan manis (ke-16) dan mangga jeruk Thai atau ‘mamuang dong’ (ke-23).…

Read More

Perisian antivirus Karpersky diharamkan di AS

WASHINGTON: Atas alasan keselamatan negara, Amerika Syarikat (AS), mengharamkan firma keselamatan siber yang berpangkalan di Russia, Kaspersky daripada menyediakan produk antivirus di negara itu. Menurut Jabatan Perdagangan AS, Kaspersky secara am dilarang menjual perisiannya atau menyediakan kemas kini kepada perisian yang sudah digunakan di AS. Pengumuman itu dibuat selepas siasatan terperinci mendapati ‘operasi berterusan Kaspersky di AS menimbulkan risiko keselamatan negara disebabkan keupayaan siber kerajaan Russia, serta keupayaan untuk mempengaruhi atau mengarahkan operasi Kaspersky’. “Russia menunjukkan berkali-kali mereka mempunyai keupayaan dan niat untuk mengeksploitasi syarikat Russia, seperti Kaspersky Lab, untuk…

Read More