JOHOR BAHRU 18 Mei – Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil Ibu Pejabat Polis Kontinjen ( IPK) Johor, pagi ini bagi memberi penghormatan terakhir kepada jenazah dua anggota polis yang terkorban dalam serangan berdarah di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam.
Permaisuri Agong yang tiba kira-kira jam 11.35 pagi, turut menyertai tahlil dan doa ringkas sebagai penghormatan terhadap Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhammad Syafiq Ahmad Said
Hadir sama, Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail; Ketua Polis Negara, Razarudin Husain dan Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar.
Terdahulu, kira-kira 500 anggota polis, kenalan dan waris menunaikan solat jenazah dua anggota polis berkenaan yang dimamkan oleh Imam Daerah Johor Bahru, Mohd Nazri Ali.
Sementara itu, Raja Zarith Sofiah juga berangkat melawat Koperal Mohd Hasif Roslan, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang cedera dalam insiden serangan balai polis itu.
Beliau kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru.
Keberangkatan Seri Paduka Baginda di HSI disambut oleh Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi, dan Setiausaha Kerajaan Johor Dr. Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor.
Seri Paduka Baginda turut mengurniakan sumbangan peribadi daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Baginda kepada Mohd Hasif serta turut meluangkan masa bertanyakan khabar isteri anggota polis berkenaan.
Nnn
