RIYADH: Denda yang dikenakan ke atas para jemaah yang menunaikan haji tanpa permit boleh mencecah sehingga 100,000 Riyal Saudi sekiranya jemaah tersebut didapati berulang kali melakukan kesalahan itu.
Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi sebelum ini menyatakan denda 10,000 Riyal akan dikenakan ke atas sesiapa yang memasuki Makkah tanpa permit haji semasa tempoh daripada 25 Zulkaedah 1445 (2 Jun 2024) sehingga 14 Zulhijjah (20 Jun).
Hukuman tersebut akan dijatuhkan ke atas sesiapa yang ditangkap berada dalam pekarangan kota suci Makkah, Kawasan Tengah Haram, Mina, Arafah dan Muzdalifah, stesen kereta api Haramain di Rusayfah, pusat kawalan keselamatan, pusat perhimpunan jemaah haji dan pusat kawalan keselamatan sementara.
Hukuman tersebut akan dikenakan ke atas mereka yang melanggar syarat-syarat dan arahan yang dikeluarkan kementerian tersebut.
Denda 10,000 Riyal akan dikenakan ke atas mereka yang melanggar undang-undang, termasuk rakyat Arab Saudi, ekspatriat dan pelawat yang ditangkap dalam kawasan geografi tertentu di Makkah tanpa mempunyai permit haji.
Ekspatriat di kalangan pesalah akan dihantar pulang ke negara masing-masing dan larangan untuk memasuki semula Saudi akan dikenakan ke atas mereka mengikut tempoh yang ditetapkan oleh undang-undang.
Kementerian tersebut menggariskan keperluan untuk mematuhi syarat-syarat dan arahan Haji agar para jemaah boleh menunaikan ibadah dengan aman dan selesa.
Nnn
