Khidmat monorel tergendala

KUALA LUMPUR 7 Mei – Operasi laluan Monorel mengalami gangguan berikutan kejadian dahan pokok tumbang di atas landasan, berhampiran stesen Monorel Raja Chulan di sini, petang ini.

Dalam kenyataannya, Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) memaklumkan, tiada perkhidmatan antara Stesen KL Sentral dan Stesen Medan Tuanku, dan pihaknya mengaktifkan perkhidmatan tren antara Titiwangsa dan Medan Tuanku (Platform 1) serta bas perantara pergi dan balik dari KL Sentral ke Medan Tuanku.

Rapid KL sedang bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menyelesaikan gangguan tersebut secepat mungkin.

“Kami memohon maaf di atas gangguan luar jangka ini dan berterima kasih di atas kesabaran penumpang,” kata kenyataan itu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, seorang lelaki tempatan maut manakala seorang lagi cedera, selepas sebatang pokok tumbang menghempap 17 kenderaan dan landasan Monorel akibat hujan lebat serta angin kuat di Jalan Sultan Ismail, di sini.

Related posts

Leave a Comment