Noh Omar belum sertai PN

KUALA SELANGOR 10 Mac – Selepas lebh setahun meninggalkan UMNO, bekas Pengerusi UMNO Selangor, Noh Omar masih belum menyertai mana-mana parti politik, tetapi mengakui menyokong Perikatan Nasional (PN).

Bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang itu berkata, setakat ini beliau masih bergerak bebas dan boleh menyokong mana-mana parti selepas dipecat daripada umno pada Januari tahun lalu.

Katanya, walaupun tidak menjadi ahli parti, beliau menyokong sepenuhnya perjuangan PN demi kemaslahatan kaum Melayu.

Noh berkata demikian ketika ditemui pada Program Jelajah Badan Perhubungan Negeri (BPN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Kampung Permatang di sini hari ini.

Beliau  mengulas ura-ura dirinya sudah menjadi ahli PN kerana memakai kemeja biru yang mempunyai logo blok pembangkang itu ketika menghadiri Konvensyen PN di Petaling Jaya semalam..

Noh memberitahu, tindakan memakai kemeja korporat parti pembangkang itu bermula sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15 di Selangor.

“Ia bukan perkara luar biasa dan selepas dipecat daripada UMNO, saya memang berkempen untuk PN. Saya memang menyokong PN yang dianggap sebagai rumah baharu untuk orang Melayu dan boleh menggantikan BN (Barisan Nasional),” katanya..

Dalam pada itu, Noh berkata, penolakan pengundi Melayu di Tanjong Karang kepada BN semakin ketara dengan peningkatan lebih 10,000 undi kepada PN pada PRN lalu.

“Pada PRU15 dulu, PN menang hanya 18,000 undi di kerusi Parlimen, namun ketika PRN15 jumlah undi PN di Permatang dan Sungai Burong memperoleh sehingga 28,000 undi,” jelas beliau.

Nnn

Related posts

Leave a Comment