Shehbaz Sharif angkat sumpah PM Pakistan

ISLAMABAD: Selepas hampir empat minggu pilihan raya umum berlangsung tanpa kemenangan mutlak parti politik, Shehbaz Sharif  mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Pakistan buat kali kedua.

Sharif, 72, secara rasmi memegang jawatan pada majlis angkat sumpah jawatan di pejabat Presiden di ibu negara, Islamabad, sehari selepas Parlimen melantiknya sebagai Perdana Menteri, sebuah kerajaan campuran.

Walaupun terdapat bantahan daripada ahli parlimen yang sehaluan dengan bekas Perdana Menteri, Imran Khan yang dipenjarakan, Sharif mengetuai kerajaan campuran Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) dan Parti Rakyat Pakistan (PPP).

Majlis angkat sumpah Sharif disiarkan secara langsung di TV kerajaan dan dihadiri oleh pemimpin politik, tentera dan orang awam.

Pilihan raya yang berlangsung 8 Februari lalu dicemari oleh penutupan perkhidmatan internet mudah alih, penangkapan dan keganasan yang dan keputusan yang tertangguh luar biasa turut mencetuskan dakwaan penipuan dalam proses kiraan undi.

PML-N yang diterajui oleh Shehbaz Sharif, adik kepada Nawaz Sharif, kembali kepada peranan yang dipegangnya sebelum ini sehingga Ogos, apabila Parlimen dibubarkan untuk membuat persiapan bagi pilihan raya.

Related posts

Leave a Comment