Wakil rakyat dahului inisiatif tanpa pencen

JOHOR BAHRU 25 Jan. – Ketua Pemuda MCA, Ling Tian Soon, mencadangkan supaya wakil rakyat dan menteri mendahului dan mengguna pakai inisiatif pemansuhan skim pencen yang mahu dilaksanakan Kerajaan Persekutuan.

Katanya, langkah itu wajar dilaksanakan kerana wakil rakyat dan menteri perlu menjadi contoh dan berada di garisan hadapan.

“Memang benar beban kewangan kerajaan kita berat, tetapi janganlah sesekali menolak rakyat kita ke depan dulu dalam isu pencen ini.

Tambahan pula sektor kesihatan kita mengalami kekurangan staf seperti doktor dan jururawat yang serius. Jadi, isu ini akan semakin teruk sekiranya rakyat tidak mahu berkhidmat dengan kerajaan disebabkan pemansuhan pencen dan tawaran kontrak ini.

“Skim gaji juga perlu dikaji semula bagi memastikan perkhidmatan awam kita kompetitif. Sebarang dasar dilaksanakan perlu diteliti bagi memastikan ia tidak menjejaskan perkhidmatan awam negara kita,” kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor

Semalam, Timbalan Perdana Menteri,  Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Kabinet bersetuju supaya perjawatan bagi penjawat awam baharu kerajaan berstatus tetap selepas ini adalah tidak berpencen.

Ahmad Zahid dilaporkan berkata, satu pengumuman mengenai tempoh pelaksanaannya akan dibuat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).

Katanya, bagi penjawat awam sedia ada, status berpencen mereka tidak terjejas, manakala penjawat awam baharu itu kelak akan membuat caruman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Nnn

Related posts

Leave a Comment