POKOK SENA 25 Jan. – Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Muhammad Sanusi Md Nor, menasihatkan , wakil rakyat PN sentiasa bersedia untuk berkhidmat dalam situasi serba kekurangan terutama sebagai pembangkang. Beliau menyifatkan tindakan ahli Parlimen Bersatu mengisytiharkan sokongan kepada Anwar Ibrahim, adalah disebabkan tekanan dialami apabila mereka tiada peruntukan kewangan yang mencukupi untuk ‘menjaga’ kawasan masing-masing. “Saya rasa itu pun sejenis tekanan. Dia (Kerajaan Pusat) membiarkan (wakil rakyat) itu kelaparan dan dibiarkan (tanpa peruntukan kepada Ahli Parlimen) kerana tekanan berlaku di kawasan tadbirannya, orang tuntut macam-macam tapi dia…
Read MoreDay: January 25, 2024
CUEPACS tolak mansuh pencen pelantikan baharu
KUALA LUMPUR 25 Jan. – Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menolak cadangan kerajaan untuk memansuhkan skim pencen penjawat awam bagi pelantikan baharu. Presidennya, Dr Adnan Mat berkata, dengan skim gaji yang masih rendah, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilihat tidak membantu penjawat awam mempunyai simpanan hari tua yang baik selepas persaraan. Katanya, secara purata penjawat awam berkhidmat melebihi 30 tahun sebelum layak menerima faedah saraan dan kebanyakannya memilih skim berpencen kerana ia keistimewaan yang terbaik dan menjamin kesejahteraan selepas persaraan kelak. Dalam kenyataannya, beliau juga meminta…
Read MoreWakil rakyat dahului inisiatif tanpa pencen
JOHOR BAHRU 25 Jan. – Ketua Pemuda MCA, Ling Tian Soon, mencadangkan supaya wakil rakyat dan menteri mendahului dan mengguna pakai inisiatif pemansuhan skim pencen yang mahu dilaksanakan Kerajaan Persekutuan. Katanya, langkah itu wajar dilaksanakan kerana wakil rakyat dan menteri perlu menjadi contoh dan berada di garisan hadapan. “Memang benar beban kewangan kerajaan kita berat, tetapi janganlah sesekali menolak rakyat kita ke depan dulu dalam isu pencen ini. Tambahan pula sektor kesihatan kita mengalami kekurangan staf seperti doktor dan jururawat yang serius. Jadi, isu ini akan semakin teruk sekiranya rakyat…
Read MoreNegara berdepan kekurangan kakitangan awam?
KUALA LUMPUR 25 Jan. – Negara dijangka berdepan kekurangan penjawat awam dalam tempoh 10 tahun akan datang susulan keputusan kerajaan mengambil kakitangan awam baharu yang berstatus tetap tetapi tidak berpencen. Ketua Penerangan Bersatu, Razali Idris, mengambil contoh Kementerian Kesihatan yang mempunyai kira-kira 250,000 kakitangan awamnya. “Bilangan itu pasti akan menyusut kerana bakal pembantu perubatan, bakal jururawat, bakal ahli farmasi dan x-ray serta bakal doktor lebih bersedia berkhidmat di klinik dan hospital swasta serta di luar negara. Kementerian Pendidikan mempunyai kira-kira 503,000 kakitangan terutama guru yang sentiasa berkorban demi anak bangsa…
Read MoreBerita pilihan…
Penempatan PBB lindungi penduduk diserang
GAZA: Kereta kebal Israel telah menyerang penempatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang melindungi penduduk Palestin kehilangan tempat tinggal pada Rabu yang menyebabkan berlaku “korban besar-besaran.” Serangan di kawasan latihan vokasional yang menempatkan 30,000 orang yang kehilangan tempat tinggal di Khan Younis, juga mengundang kecaman daripada Amerika Syarikat (AS) yang juga sekutu Israel – sesuatu yang amat jarang berlaku. Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan rejim Zionis yang sebaliknya, berpendapat, ada kemungkinan serangan itu dilancarkan sendiri oleh pasukan pejuang Palestin, Hamas. Menurut Koordinator Kemanusiaan PBB untuk Palestin, James McGoldrick, pembunuhan besar-besaran telah berlaku,…
Read MoreMesir dakwa Israel halang bantuan
DUBAI: Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi mendakwa Israel menghalang penghantaran bantuan untuk Semenanjung Gaza dan menyifatkannya sebagai taktik tekanan rejim Zionis itu. Katanya, Mesir pernah menghantar 600 trak sehari ke Gaza namun sejak dua hingga tiga hari lalu, pihaknya hanya dapat menghantar bawah 200 trak setiap hari. Jelasnya, Lintasan Rafah Mesir dibuka 24 jam setiap hari dan setiap bulan tetapi prosedur yang berlaku di pihak Israel telah menyebabkan penghantaran trak bantuan menjadi perlahan. Abdel Fattah berkata, halangan Israel itu dijadikan sebagai alat tekanan berhubung konflik dan pembebasan tebusan. Kenyataan Abdel…
Read More