Agong rasmi Menara 118, kedua tertinggi di dunia

KUALA LUMPUR 10 Jan. – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Menara Merdeka 118 di sini malam ini.

Turut berangkat ke majlis itu Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam serta Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Raja Arshad Raja Tun Uda.

Menara Merdeka 118 itu dimiliki PNB melalui anak syarikat milik penuhnya, PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd.

Menara yang memiliki 118 tingkat dengan ketinggian 678.9 meter itu adalah yang kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa Dubai (828 meter) manakala Shanghai Tower kini berada di kedudukan ketiga dengan ketinggian 632 meter.

Direka bentuk oleh Fender Katsalidis dari Melbourne, Australia struktur itu termasuk puncak menara 40 tingkat (160.4 meter).

(foto Jabatan Penerangan)

Related posts

Leave a Comment