SEOUL: Mulai Isnin, makanan laut tempatan akan dihidangkan di kafeteria dalam Pejabat Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol selama seminggu.
Langkah itu sebagai tindak balas kepada kebimbangan mengenai penurunan pengambilan makanan laut selepas Jepun melepaskan air radioaktif daripada loji nuklear Fukushima yang musnah.
Tindakan Jepun itu dikhuatiri memberi kesan kepada pengambilan makanan laut tempatan akibat kebimbangan keselamatan, walaupun kerajaan mengatakan ia tidak membawa risiko kesihatan selagi dilakukan secara saintifik dengan selamat.
Pelbagai jenis makanan laut akan dihidangkan sepanjang minggu, bermula dengan hirisan ikan mentah dan ikan tenggiri bakar pada Isnin, selain ikan potong rebus, ‘conch salad’, ‘bibimbap’ nanas laut dan belut tumis dengan nasi.
Menurut kenyataan pejabat itu, langkah itu juga bagi menggalakkan orang ramai mengambil makanan laut tempatan yang selamat tanpa perlu bimbang.
Pada masa sama, makanan laut tempatan akan dihidangkan di kafeteria lebih daripada dua kali sebulan walaupun selepas minggu ini.
