Asyraf Setiausaha Agung UMNO

KUALA LUMPUR 22 Mac – Bekas Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Abdul Jalil dilantik sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO manakala bekas Ketua Pemuda Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Setiausaha Agung UMNO.

Presiden UMNO,  Dr Ahmad Zahid Hamidi juga mengumumkan pelantikan semula Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai Bendahari Agung manakala Azalina Othman Said sebagai Ketua Penerangan.

Pada pemilihan lalu, Shahrizat gagal dalam saingan menduduki semula jawatan Ketua Wanita selepas tewas kepada penyandang, Noraini Ahmad.

Dalam sidang media di Ibu Pejabat UMNO hari ini, Ahmad Zahid turut mengumumkan Ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) lantikan terdiri daripada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.

Ketua UMNO Arau, Rozabil Abd Rahman adalah antara muka baharu yang dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perlis manakala Ahli Parlimen Jelebu Jalaluddin Alias mengetuai UMNO Negeri Sembilan.

Sementara itu Mahdzir Khalid kekal mengetuai Kedah; Ahmad Jazlan Yaakub (Kelantan); Ahmad Said (Terengganu); Musa Sheikh Fadzir (Pulau Pinang); Saarani Mohamad (Perak); Wan Rosdy Wan Ismail (Pahang).

Megat Zulkarnain Omardin (Selangor); Johari Ghani (Wilayah Persekutuan ); Ab Rauf Yusoh (Melaka); Jalaluddin Alias ( Negeri Sembilan);  Mohamed Khaled Nordin (Johor) dan Bung Moktar Radin (Sabah)

Bagi jawatan pegawai utama pelantikan adalah seperti berikut:


Setiausaha Agung – Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Bendahari Agung Dato’ Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Ketua Penerangan Dato’ Seri Azalina Othman Said

AHLI MAJLIS KERJA TERTINGGI (LANTIKAN) – 13 ORANG
1. Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil
2. Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh
3. Datuk Ahmad Ismail
4. Datuk Nur Jazlan Mohamed
5. Datuk Seri Mohd Shafei Abdullah
6. Datuk Hasmuni Hassan
7. Datuk Hasnol Ayub
8. Datuk Mohd Faizal Ramli
9. Datuk Mohd Ariff Abdul Majid
10. Datuk Sri Jailani Johari
11. Datuk Norliza Abdul Rahim (Wanita UMNO Malaysia)
12. Mohd Hairi Mad Shah (Pemuda UMNO Malaysia)
13. Siti Sokleha Nordin (Puteri UMNO Malaysia)

AHLI MAJLIS KERJA TERTINGGI (TURUT HADIR)
Datuk Mohamad Alamin – Ketua Sekretariat Kelab UMNO Luar Negara
Datuk Siti Aminah Aching – Ketua Sekretariat Pertanian, Perladangan & Komuniti
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican – Ketua Jabatan Pilihanraya
Prof. Emiritus Dr. Kamaruddin M Said – Ketua Sekretariat Pendidikan
Datuk Seri Jamli Khir Baharum (Dipilih) – Pengerusi Hal Ehwal Agama
Datuk Yakubah Khan – Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan Sabah
Datuk Mohd Sumali Reduan Setiausaha Kerja

PENGERUSI DAN TIMBALAN PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO

PERLIS
Pengerusi – Datuk Rozabil Abd Rahman
Timbalan Pengerusi – Datuk Dr. Fathulbari Mat Jahya

KEDAH
Pengerusi – Datuk Seri DiRaja Mahdzir Khalid
Timbalan Pengerusi – Datuk Seri Abd Azeez Abd Rahim

KELANTAN
Pengerusi – Ahmad Jazlan Yaakub
Timbalan Pengerusi – Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh

TERENGGANU
Pengerusi – Datuk Seri Ahmad Said
Timbalan Pengerusi – . Datuk Nik Dir Nik Wan Ku

PULAU  PINANG
Pengerusi – Datuk Musa Sheikh Fadzir
Timbalan Pengerusi – Datuk Dr. Ir. Shaikh Hussein Mydin

PERAK
Pengerusi – Datuk Seri Saarani Mohamad
Timbalan Pengerusi – Datuk Azian Osman

PAHANG
Pengerusi – Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
Timbalan Pengerusi – Datuk Seri Ab Hamid Nazahar

SELANGOR
Pengerusi – Datuk Wira Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin
Timbalan Pengerusi – Datuk Johan Abd Aziz

W. PERSEKUTUAN
Pengerusi – Datuk Seri Johari Abd Ghani
Timbalan Pengerusi – Datuk Seri Dr. Shafei Abdullah

NEGERI SEMBILAN
Pengerusi –Datuk Seri Jalaluddin Alias
Timbalan Pengerusi – Datuk Hashim Rusdi

MELAKA
Pengerusi –Datuk Seri Ab Rauf Yusoh
Timbalan Pengerusi – Datuk Rais Yasin

JOHOR
Pengerusi – Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Timbalan Pengerusi –Datuk Seri Ahmad Maslan

SABAH
Pengerusi – Datuk Seri Bung Moktar Radin
Timbalan Pengerusi – Datuk Seri Panglima Abd Rahman Dahlan

Related posts

Leave a Comment