2,390 kes baharu di Thailand

BANGKOK 24 Julai – Kementerian Kesihatan Awam Thailand merekodkan 2,390 kes baharu Covid-19 dan 30 kematian dalam tempoh 24 jam berbanding 2,578 kes dan 29 orang dilaporkan meninggal dunia semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini meningkat kepada 4,575,853 dengan jumlah kematian 31,157 orang.

Setakat semalam (Sabtu), sebanyak 24,702 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 12,290 di hospital, 279 di kemudahan hospital dan 12,102 di rumah atau pengasingan komuniti.

Daripada jumlah kes di hospital, sebanyak 874 dalam keadaan kritikal di mana 409 bergantung kepada bantuan ventilator.

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 2,358 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih meningkat kepada 4,519,994 orang.

Related posts

Leave a Comment