Singapura lapor 2,480 kes baharu

SINGAPURA 18 April – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 2,480 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini, terdiri daripada 2,402 jangkitan tempatan dan 78 kes import menjadikan jumlah keseluruhan 1,162,780.

Tiada kematian baharu dilaporkan dan jumlah yang meninggal dunia setakat ini kekal 1,316 orang.

Menurut MoH, sebanyak 2,199 adalah kes  Protokol 2 iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Daripada jumlah kes itu, 2,139 adalah jangkitan tempatan dan 60 kes import manakala 281 kes disahkan menerusi ujian PCR iaitu 263 adalah jangkitan tempatan manakala 18 adalah kes import.

Sementara itu, kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 0.80, naik berbanding 0.78 semalam .

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya di mana kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru Covid-19 semakin merosot.

Sebanyak 261 pesakit masih dirawat di hospital, susut sedikit berbanding 260 pada 16 April di mana 37 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa dan sembilan dipantau rapi di ICU.

Seramai 3,396 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Setakat 17 April, sebanyak 92 peratus penduduk Singapura yang layak sudah lengkap divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Related posts

Leave a Comment