SINGAPURA 11 Mac – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 13 kematian dan 15,345 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini
Mereka terdiri daripada 15,130 jangkitan tempatan dan 215 kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 917,103 serta 1,129 kematian.
MoH memaklumkan, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 13,354 adalah kes Protokol 2 iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.
Ia melibatkan 139 kes import dan 13,215 jangkitan tempatan.
Sebanyak 1,991 kes lagi disahkan menerusi ujian PCR iaitu 1,915 adalah jangkitan tempatan manakala 76 adalah kes import.
Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula kekal di bawah 1 pada 0.92, jatuh berbanding 0.93 pada Khamis. Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.
Kadar melebihi 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baharu Covid-19 masih meningkat.
Sementara itu, sebanyak 1,396 pesakit masih dirawat di hospital berbanding 1,450 semalam di mana 170 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa dan 39 kes dipantau rapi di ICU.
Dalam tempoh yang sama, sebanyak 21,481 pesakit dibenarkan keluar hospital.
Bagi program vaksinasi pula, setakat semalam, sebanyak 95 peratus penduduk Singapura yang layak sudah melengkapkan vaksinasi mereka.
