RIYADH 16 Feb. – Jumlah kes baharu Covid-19 di Arab Saudi terus mencatatkan penurunan di bawah 2,000 kes dengan merekodkan 1,793 kes dalam tempoh 24 jam berbanding 1,982 semalam.
Dalam tempoh yang sama, dua lagi dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi virus berkenaan berbanding satu kematian semalam.
Dengan perkembangan ini, jumlah jangkitan yang dilaporkan di Arab Saudi setakat ini meningkat kepada 734,389, manakala kematian akibat Covid-19 pula sebanyak 8,977 orang.
Seramai 3,207 pesakit dilaporkan pulih dalam tempoh yang sama, membawa jumlah pesakit sembuh sebanyak 702,049 orang.
Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 979 sakit tenat berbanding 1,010 yang dilaporkan semalam.
Mengenai vaksinasi, sebanyak 59,843,788 dos vaksin Covid-19 telah didaftarkan.
