JAKARTA 5 Feb. – Dalam tempoh 24 jam, Indonesia melaporkan 33,729 kes baharu Covid-19, meningkat lagi berbanding 32,211 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 4,480,423 kes.
Dalam tempoh yang sama, 12 tengah hari Jumaat hingga 12 tengah hari Sabtu, 44 lagi dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada jumlah kematian meningkat kepada 144,497 orang.
Penambahan kes dilaporkan di 34 wilayah dengan tertinggi direkodkan di Jakarta sebanyak 12,274 diikuti Jawa Barat dengan 8,053, Banten 4,992, Jawa Timur 2.154 dan Bali 2.038 kes.
Kes pesakit sembuh pula bertambah 10,471 orang menjadikan jumlah keseluruhan kini meningkat kepada 4,172,458 orang dengan kes aktif bertambah 23,214 menjadikan jumlah keseluruhan 163,468 kes aktif.
Di samping itu terdapat 21,404 kes suspek yang dikaitkan dengan Covid-19 di Indonesia.
