Delta AY.4.2 pertama di Singapura

SINGAPURA 29 Okt. – Kementerian Kesihatan memberi jaminan tiada bukti menunjukkan terdapat penularan dalam masyarakat berpunca daripada kes berkaitan varian mutasi Delta, AY.4.2.

Ketika memberi jaminan itu, MoH mengesahkan jangkitan varian mutasi Delta, AY.4.2 yang pertama, itu adalah dari satu kes import yang tiba pada 26 Oktober lalu.

Menurut MoH, walaupun kajian masih dijalankan, mutasi khusus itu dijangka serupa dengan varian Delta dari segi penularannya dan tahap serius penyakit.

Varian mutasi AY.4.2 sekarang dianggap oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sebagai varian mempunyai kepentingan dan bukan varian membimbangkan.

Sejauh ini, kes mutasi telah dikesan di beberapa bahagian di Eropah Barat, Kanada dan Amerika Syarikat.

Australia dan Jepun juga masing-masing dilaporkan mempunyai hanya satu kes sedemikian sehingga 19 Oktober. 

Related posts

Leave a Comment