Malaysia beli 88 juta dos ketiga

KUALA LUMPUR 29 Okt. – Kerajaan menandatangani perjanjian perolehan bekalan pelalian meliputi 88 juta dos atau lebih 140 peratus daripada jumlah penduduk negara, kata Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz. Katanya, bekalan vaksin berkenaan cukup untuk menampung pengagihan suntikan imunisasi asas dan pemberian dos ketiga untuk semua penduduk Malaysia berusia 12 tahun ke atas. Bagi memastikan ‘peperangan’ menentang pandemik berupaya diharungi, kerajaan bercadang untuk melaksanakan pembelian ubat antiviral yang didapati berkesan terhadap pelbagai jenis virus, termasuk Covid-19. Mengambil kira kepentingan sektor kesihatan awam, Bajet 2022 memperuntuk RM32.4 bilion kepada…

Read More

Bajet 2022 garis tiga fokus induk

KUALA LUMPUR 29 Okt. – Bajet 2022 bernilai RM332.1 bilion dibentangkan di Dewan Rakyat petang ini dengan menggariskan tiga fokus induk yang merangkumi rakyat yang sejahtera, perniagaan berdaya tahan dan ekonomi makmur serta mampan. Bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera’ bajet itubbersandarkan tiga paksi utama, iaitu Memperkukuh Pemulihan, Membina Daya Tahan dan Memacu Pembaharuan, dibentangkan dengan jumlah RM332.1 bilion. Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, ketika membentangkan dokumen penting itu di Dewan Rakyat petang ini, berkata, kerajaan bercadang membahagikan peruntukan belanjawan tahun depan kepada empat komponen utama. Ia meliputi belanja…

Read More

Delta AY.4.2 pertama di Singapura

SINGAPURA 29 Okt. – Kementerian Kesihatan memberi jaminan tiada bukti menunjukkan terdapat penularan dalam masyarakat berpunca daripada kes berkaitan varian mutasi Delta, AY.4.2. Ketika memberi jaminan itu, MoH mengesahkan jangkitan varian mutasi Delta, AY.4.2 yang pertama, itu adalah dari satu kes import yang tiba pada 26 Oktober lalu. Menurut MoH, walaupun kajian masih dijalankan, mutasi khusus itu dijangka serupa dengan varian Delta dari segi penularannya dan tahap serius penyakit. Varian mutasi AY.4.2 sekarang dianggap oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sebagai varian mempunyai kepentingan dan bukan varian membimbangkan. Sejauh ini, kes…

Read More

Kadar kebolehjangkitan terus naik

PUTRAJAYA 29 Okt. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 di Malaysia terus menunjukkan trend peningkatan selama lima hari berturut-turut. Semalam,  Khamis, angka itu meningkat kepada 0.95 berbanding 0.94 pada hari sebelumnya. Lima negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Negeri Sembilan yang mencatatkan 1.04. Ini diikuti Kuala Lumpur dengan 0.99, Putrajaya 0.98, Melaka 0.98 dan Selangor menyamai dengan kadar 0.95. Sepuluh negeri mencatatkan nilai R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Kedah  0.93, Sabah 0.93, Pahang 0.90, Johor 0.89, Perlis 0.89, Perak 0.86, Terengganu 0.86, Pulau Pinang 0.86, Kelantan 0.85 dan Sarawak…

Read More

95 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 29 Okt. – Sebanyak 95 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah 28,769 kes, iaitu 1.17 peratus daripada 2,449,463 kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini. Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia di portal COVIDNOW, sejumlah 24 daripada 95 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID). Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses yang mengambil masa bagi mengesahkan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut.…

Read More

Pfizer bagi kanak-kanak 5 – 12

PUTRAJAYA 29 Okt. – Malaysia akan meneruskan pemerolehan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Katanya, pilihan vaksin lain seperti Sinovac juga akan diberi pertimbangan untuk pemberian vaksin terhadap golongan tersebut. Setakat ini 82.4 peratus daripada remaja (12-17 tahun) telah diberikan sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan 62 peratus telah lengkap dua dos. “Dengan Panel Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat mengesyorkan vaksin Pfizer untuk 5 hingga 12 tahun, Malaysia juga akan meneruskan pemerolehan Pfizer untuk kanak-kanak,” katanya melalui ciapan di laman…

Read More