Kadar kebolehjangkitan 0.88

PUTRAJAYA 25 Okt. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 meningkat sedikit kepada 0.88 semalam (Ahad) berbanding 0.87 pada hari sebelumnya.

Bagaimanapun tujuh negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan yang masing-masing mencatatkan 1.00.

Ini diikuti Putrajaya 0.97, Melaka 0.97, Selangor 0.95, Sabah 0.92, Kedah 0.90 dan Johor menyamai purata kebangsaan 0.88.

Tujuh negeri merekodkan R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu, Kelantan 0.86, Terengganu 0.86, Pulau Pinang 0.83, Pahang 0.82, Perak 0.81, Sarawak 0.81 dan Perlis 0.81.

Labuan merekodkan tujuh kes baharu.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment