Lapan negeri masih 4 angka

PUTRAJAYA 4 Sept – Tidak banyak berubah. Lapan negeri masih merekodkan empat angka walaupun jumlah keseluruhan kes harian negara hari ini 19,057 turun sedikit berbanding 19,378 yang direkodkan semalam.

Selangor masih mendahului negeri lain dengan 3,775 berbanding 3,613 semalam sementara Melaka mencapai angka keseluruhan 50,011 kes sementara Perlis pula merekodkan 99 kes, meningkat daripada 80 semalam.

Sarawak terus mencatatkan peningkatan dengan merekodkan 2,723 kes berbanding 2,464 semalam diikuti Sabah 2,279 (2,404) dan Johor 2,077 (2,331)

Pulau Pinang mencatatkan 1,558 berbanding 1,726 semalam, Perak 1,450 (1,389), Kelantan 1,434 (1,356) dan Kedah 1,329 (1,470).

Kuala Lumpur mendahului negeri yang mencatatkan di bawah 1,000 kes dengan 711 berbanding 740 semalam diikuti Terengganu meningkat kepada 605 berbanding 532 semalam, Pahang 410 (559), Melaka 338 (399) dan Negeri Sembilan 242 (270).

Putrajaya yang merekodkan 41 kes semalam mencatatkan 18 kes, sementara Labuan pula sembilan kes berbanding empat semalam.

Related posts

Leave a Comment