Kadar R-naught turun ke 1.04

PUTRAJAYA 18 Ogos  – Selepas mendatar selama lima hari berturut-turut pada kadar 1.05, kadar kebolehjangkitan (R-naught) Covid-19 di Malaysia susut buat kali pertama ke 1.04 semalam.

Sebanyak 11 negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Perlis dengan kadar tertinggi 1.29.

Ini diikuti Sarawak 1.19, Sabah 1.17, Kelantan 1.16, Pulau Pinang 1.15, Kedah 1.11,

Perak 1.09, Melaka 1.07, Johor 1.07, Terengganu 1.07 dan Pahang 1.06.

Empat negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan di bawah purata kebangsaan iaitu Selangor 1.01, Kuala Lumpur 0.98, Negeri Sembilan 0.95 dan Putrajaya 0.91.

Labuan pula tidak merekodkan kes baharu.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment