PUTRAJAYA 9 Ogos – Selangor terus mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 5,740 kes berbanding 6,565 semalam sementara Kelantan mencatatkan jumlah keseluruhan melepasi 50,000 kes iaitu 50,347 kes.
Perlis juga menunjukkan peningkatan kes apabila merekodkan 22 kes berbanding enam kes semalam.
Selain Selangor, lima lagi negeri merekodkan lebih 1,000 kes harian iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1,567 berbanding 1,883 semalam, Kedah 1,328 (1,610),
Sabah 1,247 (1,379), Johor 1,232 (1,308) dan Negeri Sembilan 1,215 (1,140)
Menghampiri 1,000 kes adalah Perak 935 (861), Kelantan 914 (870) dan Pulau Pinang 908 (694),
Pahang mencatatkan 604 kes (602), Sarawak 589 (581), Terengganu 501 (598), Melaka 360 (526), Wilayah Persekutuan Putrajaya 66 (63), dan Labuan 8 (2).
