Indonesia catat peningkatan

JAKARTA : Sebanyak 2,081 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini sekaligus melonjakkan jumlah kes keseluruhan di Indonesia kepada 139,549 kes.

Menurut data di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19 pada 16 Ogos, sebanyak 77,090 pesakit lagi masih dalam pemantauan virus itu.  

Bagi tempoh 24 jam hingga 12 tengah hari ini, sebanyak 79 kematian dilaporkan, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 di republik itu 6,150 orang.

Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 29,400 kes, diikuti Jawa Timur (27,903) dan selebihnya di 32 provinsi  lain.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 2,023 orang, diikuti Jakarta (981), Jawa Tengah (786), Sulawesi Selatan (343) dan selebihnya di wilayah lain di Indonesia.

Related posts

Leave a Comment