Selangor masih mendahului kes

PUTRAJAYA 5 April – Selangor masih mendahului kes jangkitan tertinggi dengan catatan 327 (30.6 peratus) walaupun angka itu menunjukkan penurunan kes termasuk di negeri-negeri lain.

Daripada jumlah ini, sebanyak 248 kes (75.8 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan

Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 225 kes (21.0 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 133 kes (12.4 peratus).

  • Selangor: 327 kes 
    • 24 kes daripada kluster-kluster; termasuk enam kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Taman Komersial dan Kluster Lorong Dua;
    • 224 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 77 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sarawak: 225 kes
    • 61 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 126 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 38 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Pulau Pinang: 133 kes 
    • 39 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 41 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 53 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 88 kes  
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 43 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Lima (5) kes import dari luar negara; dan
    • 34 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment