952 kluster tamat, 392 aktif

PUTRAJAYA 27 Mac – Sebanyak 10 kluster tamat hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 952 manakala yang aktif pula 392.

Pada masa yang sama sembilan kluster baharu dilaporkan iaitu lima kluster tempat kerja dan empat kluster komuniti yang membawa kepada jumlah keseluruhan kluster yang direkodkan setakat ini 1,344.

Sepuluh kluster yang tamat pada hari ini adalah Kluster Jalan Gemilang Satu, Kluster Jalan Scientex Jaya, Kluster Kampung Pulau Raja, Kluster Jalan Putra Silang, Kluster Tapak Bina Persiaran Puteri, Kluster Casa Permai, Kluster Renggam, Kluster Seruling, Kluster Jalan Mega Teknologi, dan Kluster Tapak Bina Persiaran Mutiara.

Sebanyak 66 kluster menambah kes baharu dengan yang tertinggi adalah Kluster Kampung Baru Hilir (29 kes) dan Kluster Persiaran Cassia Selatan (25 kes).

Sembilan kluster baharu adalah:

  • KLUSTER TAPAK BINA BULATAN PANDAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 27 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Bulatan Kampung Pandan, Jalan Kampung Pandan, Titiwangsa. Sehingga 27 Mac, sejumlah 108 individu disaring, di mana 14 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN KONG KONG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-337340) dilaporkan positif Covid-19 pada 25 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah institusi pendidikan yang terletak di Jalan Kong Kong, Pasir Gudang, Johor Bahru.  Sehingga 27 Mac 2021, sejumlah 154 individu disaring, di mana lapan kes dikesan positif.

JALAN KASTAM BARU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lahad Datu di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 338694) dilaporkan positif COVID-19 pada 26 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Jalan Kastam Baru, Lahad Datu.  Sehingga 27 Mac, sejumlah 51 individu telah disaring, di mana enam kes dikesan positif.

  • KLUSTER INANAM TAIPAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Kinabalu, Tuaran, dan Penampang di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-328843) dilaporkan positif Covid-19 pada 19 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah premis perniagaan yang terletak di Lorong KK Taipan 1, Inanam,  Kota Kinabalu. Sehingga 27 Mac 2021, sejumlah 25 individu disaring, di mana sembilan kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN PUTRA SQUARE

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-335518) dilaporkan positif Covid-19 pada 23 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Putra Square 3, Kuantan. Sehingga 27 Mac 2021, sejumlah 121 individu telah disaring, di mana 29 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN GRIDBID

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Miri dan Beluru di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 327101) dilaporkan positif Covid-19 pada 17 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah majlis sosial yang berlangsung pada 5 Mac 2021 di Kampung Pasir, Miri. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Datuk Gridbid, Lutong, Miri. Sehingga 27 Mac, sejumlah 223 individu disaring, di mana46 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN TANJUNG KIDURONG

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Bintulu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-332852) dilaporkan positif Covid-19 pada 21 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Tanjung, Kidurong Height, Bintulu. Sehingga 27 Mac 2021, sejumlah 152 individu disaring, di mana 42 kes dikesan positif.

  • KLUSTER KAMPUNG BARU HILIR

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Samarahan, Tebedu, dan Kuching di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-329789) dilaporkan positif Covid-19 pada 19 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk lepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Kampung Baru Hilir, Kota Samarahan. Sehingga 27 Mac, sejumlah 802 individu disaring, di mana 73 kes dikesan positif.

  • KLUSTER GONG KULIM

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Pasir Puteh di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-333001) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) dan dilaporkan positif Covid-19 pada 21 Mac 2021. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes yang dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Gong Kulim, Pasir Puteh, Kelantan. Sehingga 27 Mac, sejumlah 123 individu disaring, di mana 25 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment