Penurunan kes bawah 2,000

PUTRAJAYA 8 Mac – Buat hari ketiga berturut-turut, Malaysia mencatatkan kes harian Covid-19 di bawah 2,000 kes dengan mencatatkan 1,529 kes berbanding semalam 1,683 dan sebelumnya 1,680.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyam 314,989 dengan kes aktif 19,778.

Daripada 1,529 kes, sebanyak 1,520 adalah kes tempatan yang melibatkan 1,177 warganegara dan 343 bukan warganegara manakala sembilan kes import pula  melibatkan tiga warganegara dan enam bukan warganegara.

Sebanyak34 kes (2.2 peratus) yang dilaporkan adalah berkaitan kluster-kluster di penjara, lokap, dan depot tahanan imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster DTI Persiaran Wawasan (17 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (8 kes), Kluster Tembok Taiping (5 kes), Kluster Penjara Sungai Jelok (2 kes), Kluster Tembok Bukit Besi (1 kes), dan Kluster Tembok Pengkalan Chepa (1 kes).

Kes sembuh pula sebanyak 2,076 yang menjadikan jumlah kumulatif 294,034 sementara 160 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 79 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak lapan kes kematian dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif 1,177 kes.

Kes-kes kematian hari ini melibatkan masing-masing dua kes di Sabah, Pulau Pinang, dan Johor, serta masing-masing satu kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sarawak.

Sebanyak tujuh kes kematian melibatkan warganegara dan satu kes bukan warganegara.

Related posts

Leave a Comment