SELANGOR masih melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,314 kes (39.4 peratus). Ini menjadikan jumlah kumulatif 46,833 kes. Daripada jumlah ini, sebanyak 1,122 kes (85.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sabah sebanyak 393 kes (11.8 peratus) dan Johor sebanyak 362 kes (10.8 peratus).