1,144 sembuh 1,141 baharu

PUTRAJAYA 4 Dis. – Kes baharu Covid-19 yang direkodkan hari ini kekal empat digit iaitu 1,141 kes menjadikan jumlah kes positif dalam negara sebanyak 70,236 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Ia menjadikan bilangan kes aktif kebolehjangkitan mencatat 10,799 kes, manakala jumlah kes pulih hari ini adalah 1,144 kes menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 59,061 kes. 

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 1,141 kes baharu hari ini sebanyak 1,138 adalah kes penularan dalam negara manakala bakinya adalah kes import.

Tiada pertambahan kes kematian Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia kekal 376 kes (0.54 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Dr Noor Hisham berkata 32 kes (2.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok (18 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (enam kes), Kluster Bakti (empat kes), Kluster PTS Sibuga (tiga kes) dan Kluster Penjara Reman (satu kes).

Sementara itu, terdapat 129 kes positif COVID-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 53 kes memerlukan bantuan pernafasan.

 

Related posts

Leave a Comment