Enam kluster baharu

๐Ÿญ) ๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฅ ๐—•๐—”๐—œ๐——๐—จ๐—ฅ๐—œ, ๐—ช๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—จ๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ฅ

Kluster ini melibatkan daerah Hulu Langat, Selangor dan daerah Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-14312) telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan pra pembedahan pada 7 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat mengesan 17 lagi kes positif Covid-19. Sehingga 12 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 39 individu disaring, di mana:

โ€ข 18 kes dikesan positif Covid-19;

โ€ข 12 individu negatif; dan

โ€ข 9 individu masih menunggu keputusan.

๐Ÿฎ) ๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฅ ๐—•๐—”๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐——๐—”๐—ก๐—”, ๐—ช๐—ฃ ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ฅ

Kluster ini dikenal pasti di daerah Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-11305) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) pada 28 September 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti lapan lagi kes positif Covid-19. Sehingga 12 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 22 individu disaring, di mana:

โ€ข 9 kes dikesan positif Covid-19; dan

โ€ข 13 individu masih menunggu keputusan.

๐Ÿฏ) ๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฅ ๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—ข๐—ก๐—š, ๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—›

Kluster ini dikenal pasti di daerah Keningau, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-13548) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan dalam komuniti pada 7 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Lahad Datu. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 7 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 12 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 92 individu disaring, di mana:

โ€ข 8 kes dikesan positif COVID-19;

โ€ข 81 individu negatif; dan

โ€ข 3 individu masih menunggu keputusan.

๐Ÿฐ) ๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฅ ๐—•๐—”๐—› ๐—ง๐—ฅ๐—ข๐—ฃ๐—œ๐—–๐—”๐—ก๐—”, ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ

Kluster ini dikenal pasti di daerah Petaling, Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-11804) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) pada 2 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat mengesan 13 lagi kes positif Covid-19. Sehingga 12 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 147 individu disaring, di mana:

โ€ข 14 kes dikesan positif COVID-19;

โ€ข 105 individu negatif; dan

โ€ข 28 individu masih menunggu keputusan.

๐Ÿฑ) ๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฅ ๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—ง๐—œ๐—ก๐—š, ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ

Kluster ini melibatkan melibatkan daerah Melaka Tengah di Melaka dan daerah Johor Bahru di negeri Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-14350) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan masuk kerja pada 7 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Melaka. Saringan kontak rapat mengenal pasti 7 lagi kes positif Covid-19. Sehingga 12 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 162 individu disaring, di mana:

โ€ข 8 kes dikesan positif Covid-19;

โ€ข 97 individu negatif; dan

โ€ข 57 individu masih menunggu keputusan.

๐Ÿฒ) ๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฅ ๐—•๐—”๐—› ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—ง๐—จ๐—ฅ๐—œ, ๐—ช๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—จ๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—ฌ๐—”

Kluster ini melibatkan beberapa buah daerah dan negeri iaitu;

โ€ข Daerah Seremban, Negeri Sembilan;

โ€ข Daerah Cheras dan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

dan Putrajaya; serta

โ€ข Daerah Klang, Petaling, Hulu Langat, Gombak dan Kuala Langat,

Selangor.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12553) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) pada 24 September 2020 dan dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan. Saringan kontak rapat mengesan 17 lagi kes positif Covid-19.

Sehingga 12 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 305 individu disaring, di mana:

โ€ข 18 kes dikesan positif Covid-19;

โ€ข 277 individu negatif; dan

โ€ข 10 individu masih menunggu keputusan

Related posts

Leave a Comment