Dua Ahli Parlimen PH calon DUN

TANGKAK 22 Jun – Dua ahli Parlimen dan seorang bekas anggota Kabinet adalah antara 56 calon Pakatan Harapan (PH) yang bakal bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Johor bulan depan.

Suhaizan Kayat yang juga Ahli Parlimen Pulai dicalonkan untuk kerusi DUN Larkin manakala Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar, di Senggarang manakala bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dicalonkan di DUN Puteri Wangsa.

Kerusi Larkin dan Senggarang sebelum DUN dibubarkan diwakili UMNO (BN) manakala DUN Puteri Wangsa diwakili MUDA.

Senarai calon PH yang mewakili DAP, PKR dan Amanah diumumkan oleh Pengerusi PH yang juga Perdana Menteri, Anwar Ibrahim pada majlis pengumuman calon di Padang Extreme Bukit Gambir.

Selain itu, dua bekas Exco Johor ketika PH menjadi kerajaan iaitu Mohd Khuzzan Abu Bakar (Semerah) dan Dzulkefly Ahmad (Kota Iskandar) dicalonkan semula di kerusi terbabit.

Turut disenaraikan ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Faezuddin Puad (Kempas) dan Ketua Penerangan PKR Johor, Mohd Fakharuddin Moslim bertanding di Pasir Raja.

Beberapa lagi muka baharu antaranya Noraziah Yazid di Buloh Kasap; Jalex Lee En Xiang (Pemanis); Tay Yok Jiun (Bekok); Mohd Nor Mohd Yusof (Gambir); Mohd Afif Abd Hamid (Kemelah); Ayna Soraya Badaruddin (Sungai Balang).

Selain itu, Hisyamuddin (Sri Medan); Yong Hu Yi (Yong Peng); Ramli Hamid (Semarang); Ezam Md Taslim (Parit Yaani); Shazwan Dzainal Abidin (Parit Raja) dan Felicia poh Rui Ling (Penggaram).

Calon bertukar DUN pula ialah Elia Nadira Sabudin DUN dari Bukit Pasir ke Tenang manakala Muhammad Taqiuddin Che Man dari Mahkota ke Maharani.

Bagi penyandang, mereka ialah Ee Chin Lin di DUN Tangkak; Ng Yak Howe (Bentayan) dan Ir Nazri Abdul Rahman di Simpang Jeram.

Lain-lain calon diumumkan Anwar antaranya Danish Hossman Abd Rahman (Johor Lama); Mohd Sawaludin Salleh (Penawar); Faizul Abdul Ghani (Tanjung Surat); Nor Zulaila Abd Ghani (Tiram); Lee Wern Yiing (Johor Jaya) dan Teo Siew Hui (Permas).

Related posts

Leave a Comment