TANGKAK 22 Jun- Lapan daripada 17 calon DAP bagi Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Johor Ke-16 adalah wanita, iaitu mewakili 47 peratus daripada keseluruhan calon parti gabungan Pakatan Harapan (PH) itu.
Nama-nama calon itu diumumkan Pengerusi PH, Anwar Ibrahim pada Majlis Pengumuman Calon PH di Bukit Gambir, di sini malam ini.
DAP menerusi hantaran di Facebooknya menyifatkan penyenaraian calon-calon wanita itu mencerminkan komitmen DAP terhadap sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus penglibatan wanita dalam kepimpinan.
“Barisan bakal calon ini turut mencerminkan kepelbagaian serta komitmen DAP dalam melahirkan lebih ramai pemimpin muda untuk meneruskan agenda pembangunan dan kemajuan Johor,” kata kenyataan itu.
Pada pilihan raya sebelum ini, DAP menang 10 kerusi iaitu Jementah, Tangkak, Bentayan, Penggaram, Mengkibol, Johor Jaya, Stulang, Perling, Skudai dan Senai.
Calon wanita terdiri daripada Ng Kor Sim (N02 Jementah); Tay Yok Jiuen (N.06 Bekok); Yong Hui Yi (N.19 Yong Peng); Nor Zulaila (N.40 Tiram); Felicia Poh Rui Ling (N.23 Penggaram); Chu Poh Yee (N.28 Mengkibol); – Lee Wern Yiing (N.42 Johor Jaya) dan Kartiyaini Jeyapalan (N.48 Skudai).
Calon lain adalah Ee Chin Li (N.10 Tangkok); Ng Yak Howe (N.12 Bentayan); Shazwan Zdainal (N.22 Parit Raja); Ruban Arumugam (N.30 Paloh); Andrew Chen Kah Eng (N.45 Stulang); Alan Tee Boon Tsong (N.46 Perling); Mohamad Shafwan Ani (N.50 Bukit Permai); Wong Bor Yang (N.52 Senai) dan Yeo Tung Siong (N.55 Pekan Nanas).
Nnnn
